Friday, May 27, 2011

Berhabuk!

Current activity : Membuang masa depan PC mak sambil otak set malas nak masuk keje hari nih. Boleh gitu?

Peh, dah berapa kali aku bersen sebelum nak buka blog sendiri. Hingus berjurai kot. Ha! Kan aku dah cakap, aku akan pastikan blog aku nih berhabuk tebal, bersawang selirat bila aku dah start menjadi pekerja berdedikasi dan bertolerasi.

Sibuk yang amat sangat. Duduk pun tak sempat. Konon.. Dating sempatkan??? hahahaha.. No komen.

So far, business semakin memberangsangkan. Walaupun ada up and down nya. Biasalah lumrah orang berniaga. Tak hari-hari kita dapat untung dalam jumlah yang sama. Macam penat juga. Tak hari-hari penat macam nak mati. Kadang-kadang jer. Yang banyaknya seronok. Sakit hati sikit-sikit biasalah. Kita jual service dengan orang. Perangai customer semua kena layan. Baru aku benar-benar faham apa makna "CUSTOMER ALWAYS RIGHT".

Seronok bila melihat setiap wajah customer yang gembira bila setiap suapan di masukkan ke dalam mulut. Yang paling membanggakan jika mereka memuji service, rasa makanan dan layanan yang kami berikan kepada mereka adalah BAIK.

Aku masih mahu mengatakan kerana gabungan terbaik inilah hasilnya menjadi sangat baik. Untuk Bonda, Nesha, Abang, Kak CT, Nana and Madam Cinderella put more effort. We need to work harder to overcome our mistake.




Nota ibu jari kaki : Aku bukan lagi single. ^_^

No comments: