Thursday, June 9, 2011

Short and Sweet Entry (4)

Current activity : Blogwalking.

"Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan"
by Zahiril Adzim

Selagi bibir kau mampu melakar senyuman. Selagi hati kau ada ketenangan. Selagi jiwa kau masih ada iman. Harungilah kehidupan dengan penuh keikhlasan.

Sedih dan gembiranya kau. Itu kau yang yang harus lakarkan. Kau yang tuliskan. Kau juga yang gayakan mengikut citrasa kau.

Tuhan perhatikan kau dari setiap sisi kehidupan yang kau pijak, pegang dan rasa.

Tuhan mahu menduga kau. Tuhan mahu beri peringatan. Tuhan mahu kau sedar. Tuhan juga mahu kau berjaga-jaga. Sebab Tuhan masih lagi sayangkan kau.

Aku masih mahu bangga, walaupun bergitu celaka kehidupan aku ketika ini, aku masih mampu inject sedikit kata rasional dan kata-kata SABAR berulang-ulang kali.

Selagi aku mampu. Aku akan buat.

Terima kasih kepada mereka Si Pemberi Kekuatan.

Aku mula tenang bila membelek album letaknya gambar ini. Masa ini penuh bahagia.



Nota ibu jari kaki : Kata Short and Sweet Entry. Panjang nya dah berjela-jela. Hampeh.

No comments: