Thursday, February 3, 2011

15 Tahun Aku. 15 Tahun Mereka

Current activity : CJ7. Tak pernah tengok kot.

Masa aku 15 tahun dulu, aku junior terbaik dalam sejarah beradapan senior-senior (bweekk!). Peh, masa tu tengok muka senior pun tak. (ini untuk senior perempuan sahaja). Bila lalu sebelah senior lelaki yang Handsome, Kacak, Gagah dan Perkasa mula la jantung berdegup lebih pantas daripada biasa. Even, minat giler sampai meroyan pun jangan harap la nak bagi salam atau kirim salam sekali pun. Tengok dari tangga. Cari celah-celah cermin yang boleh nampak abang tu bersedai di koridor kelas, time rehat. Curi-curi tengok abang kena marah Cikgu +Math. Dan semestinya tahu jadual ke toiletnya setiap hari. Cari jalan lain bila nampak abang tu nak lalu di tempat sama. Malu giler kalau abang tu tahu kita syiok giler dekat dia.

Ok itu masa 15 Tahun aku. Bukan 15 Tahun mereka.

Mereka kini, junior-junior terhebat dalam catatan sejarah senior macam aku. Percakapannya lebih lantang, lebih mesra, lebih gula, lebih garam dan lebih asamnya (harap faham). Walaupun tidak semua berperangai demikian, tapi dah cukup buat 1st impression kepada mereka teruk. Mungkin ini memang cara mereka. Budaya dan gaya hidup. Tu belum kira lagi dengan masalah sosial, masalah disiplin dan masalah kurang sivil. Apa boleh aku katakan. Inilah zaman mereka. Mungkin jugak zaman anak-anak aku nanti (dah fikir panjang seh).

Apa aku mahu, jadikan video yang aku tempilkan nih sebagai batu sempandan untuk kita semua. Sama-sama kita fikirkan. Sama-sama kita renungkan. Mana baik, mana buruk. Jangan biarkan budaya ini menular dalam masyarakat, bangsa dan agama kita. Dengar cakap Ustazah Farra nih tau (walaupun dia tak baik mana pun).


Mana-mana broadband atau line internet yang lembab seperti Siput sedut masak lemak cili api yang susah sangat nak masuk mulut untuk di telan tu. Silalah bersabar. Tapi, tolonglah, tengok video nih. Pengakuan seorang pelajar 15tahun yang seboleh-bolehnya mahukan anak di usia muda. Dan dia telah melakukan sex sebanyak 300 kali dengan 15 lelaki budiman yang berbeza.





Nota ibu jari kaki : ish, Khurafat tak takut pun.. hahahaha