Wednesday, February 2, 2011

Hujan Lebat Mencurah-curah ke Ladang Gandum

Current activity : Berperang dengan broadband yang laju sepantas kilat! (letakkan tangan di dada, mata pandang ke atas sambil mengeluarkan kata-kata manis).

Pagi tu hujan mencurah-curah. Wa yang balik pukul 5 pagi tadi, memang liat la nak bangun. Di selimutkan lagi dengan cuaca sejuk. Peh... Makin nyenyak! TAPI, jangan harap! Subuh tetap subuh beb. Mak wa memang macam komando bile suruh bangun pagi nih. Harus bersiap, selesaikan segala tugas yang belum selesai.

Kalau ada Pak Cik Guard yang jaga pintu gerbang bandar tu agaknya kami nih dah boleh di hukum buang daerah, sebab asyik muka kitaorang jer yang ke hulu ke hilir. Ada jer barang yang tak jumpa. Penat giler! Ngantuk macam nak pengsan!

Apa-apa pun semua berjalan dengan lancar. Walaupun, plan-nya mereka akan naik bot dari Jeti Bandar Kota Tinggi terus ke pengkalan kami (Pengkalan Kota Gemerlapan). Oleh di sebabkan hujan melimpah-limpah seperti nak ribut taufan terpaksa di batalkan.

1st time jemput orang datang makan pukul 11.30 malam. Sebab mereka datang selepas konsert di Padang Kerajaan selesai. Mata semua bertongkat mancis. Perut semua dah buka channel radio masing-masing. After buat soft launch Anjung Kota Gemerlapan (restaurant) yang di rasmikan oleh D.O (distric officer) dengan gimik pelepasan kunang-kunang yang kejung kesejukkan mereka semua dah boleh merasa keenakkan masakan kami!! Silalah mencuba!

Cakap banyak pun tak guna, mari kita telan semua gambar-gambar nih!

Terpaksa berpayung bagai sebab hujan mengiringi ketibaan mereka

Rupa-rupanya mereka nih tak pernah jumpa kunang-kunang. Lain kali, tak hujan kita boleh tengok k.

Muka semua kelaparan. Di tambah lagi dengan sup tulang Cik Nab kita. Peh... Meleleh!

6ixth Sense, giler sporting! Rancak berbual dengan mak. Siapa yang kata diaorang nih sombong sila jauhi wa 500m bila kita berjumpa nanti k. Lu jangan jadi manusia tak bertamadun. Jangan buat kecoh tempat orang. Ini AMARAN KERAS DARIPADA WA!

Amm Ketampi dengan Daus, mereka la Raja Lawak malam tu. Ayah, hukum paksa wa bergambar dengan mereka. Tapi, aku admit, Daus Cute giler kot!


Mereka di halau balik oleh ketua Harian Metro cos da pagi. Kalau tak relax jer lagi mereka nih makan. Walau apa-apa pun, terima kasih banyak - banyak dekat lu orang semua yang bergitu baik hati!

Wa ada pantun untuk lu orang:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh wa menumpang mandi:
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita bertemu lagi.

cewahh...




Fakta : Nama pengkalan dan restaurant nih di pilih sendiri oleh DO. Walaupun kami.... Tapi, ucapan ribuan terima kasih! Nak tutup cerita dan merawat duka.




Nota ibu jari kaki : Accually, Anjung Kota Gemerlapan nih belum di buka lagi. Kami masih mencari Tukang masak dan tukang-tukang yang lain. Siapa-siapa yang sudi dan berbakat besar dalam bidang masakkan boleh la apply, ya. Gaji bole di bincang. Dont worry!

No comments: