Thursday, January 27, 2011

Uhhhhh

Current activity : Malam-malam Jumaat macam nih apa lagi kalau tak duduk depan TV sambil menyeramkan diri.

Kita selalu pandang serong pada orang. Di sebabkan perangai dia, perbuatan dia, tingkah laku dia, dan semua yang dia dia lah yang kita tak suka. Tapi, dia tak pernah pun gangu kita. Cuit kita. Pegang-pegang kita. Cubit-cubit kita.

Uhhhh... Hari tu, I nampak gambar dia dengan perempuan lain dalam FB. Peluk-peluk lagi. Tak sedar agak nyer ada anak bini.

Uhhhh.. Hari tu, sedap-sedap dia jer memburukkan bapak aku. Cakap terima kasih pun tidak. Lagi nak menyombong. Pigi lah, dengan anak kau yang bagus sangat tu.

Uhhh... Hari tu saya nampak dia beli beg baru. Kasut baru. Baju baru. Mana tah dia dapat duit. Branded-branded pulak tu. Saya tengok family dia biasa-biasa jer. Ada daddy bela kot.

Dengki dengki dengki. Hati manusia memang macam tu kan? Ada saja yang tak kena dengan orang lain. Itu ini semua tak kena. Diri sendiri tak pandang pun.

Tanpa mereka-mereka semua nih. Dunia bagai tiada dosa. Pucuk pangkal daripada hati. Bersih hati, bersihlah dunia.




Nota ibu jari kaki : Aku juga mungkin di antara mereka yang pembuat dosa.