Wednesday, January 26, 2011

Dah Puas?

Current activity : Mengemas.

Aku seronok sampai keluar air mata tengok kau seronok gila tak ingat dunia. Rasa puas hati. Aku rasa kau berguling-guling dekat lantai, bila misi kau berjaya. Sangat hebat! Aku rasa kau masih lagi tersenyum-senyum dekat meja kerja. "Wah, gembira hari nih?" Mesti kawan-kawan sekerja kau tanya macam tu kan? Apa tidaknya, sudah cukup puas hati dengan kejayaan JAHAT kau. Aku nak bagi tepukan gemuruh, nih!

Ingat manusia, TUHAN itu ada. Kau manusia, aku manusia dan kami juga manusia. TUHAN hanya kasi dugaan kesenangan ini untuk tengok bertapa teguhnya keimanan kau. Aku percaya, luar jasad kau nampak gembira dan berseronok. Tapi, hati kau busuk, teruk, binasa kerana perbuatan kau sendiri.

Memang kau menang. Tapi, bukan menunjukkan kami kalah.

Kami tetap kuat selagi ada perkataan "SABAR" dalam dunia nih. "Tuhan itu ada", cuma itu perkataan penyejuk hati, kerana kami tiada kuasa apa-apa untuk menghukum kau di dunia atau di alam barzah nanti.

Panjatlah kata taubat segera.




Nota ibu jari kaki : Sabar.

No comments: