Thursday, December 23, 2010

ATUK BUAT KELAKAR SERAM

Semalam aku berkesempatan hang-out dengan gadis-gadis hot Malaya. Find some staff untuk Project Nasi Lemak versi Waterfall. Habis kami pusing satu daerah bersejarah nih. Tapi, still tak jumpa the best things untuk 'project' tu nanti. Aku nak jer bagi sudip sorang satu siap ada tanda tangan aku (bajet artis). Biar dia orang rajin ke dapur. huhuhuhu~

On the way balik, entah macam mana terbuka cerita nak ada boyfriend 1Malaysia. Sorang kawan aku tu dah dapat handsome Indian guy, sorang lagi da dapat mamat Jawa kacak lagi gagah, dan aku akan pastikan aku dapat apek yang cute, tall, gorgouse . Usaha untuk dapatkan yang ini perlu lebih. ^_^

Bila sampai rumah aku teringat spekulasi dan konroversi yang atuk aku try buat masa hari raya haji hari tu. Habis 1 kampung dia bagi tahu yang aku nih nak kawin tapi di halang oleh ibu bapa dan penjaga. Atuk sangat lawak! Dan gossip tu totally fake!

Aku sedikit fenin-fenin lalat, macam mana atuk boleh terfikir sampai ke situ bila tengok scene air mata aku dan Appaku masa tu. Bila masa pulak yang aku cakap dengan Appaku yang aku nak kawin nih? Bila masa pulak aku discuss dengan Appaku yang aku nak berlaki? Mungkin Atuk baca dekat dinding laman sosial milik aku kot yang berbunyi :


Tapi, setahu aku kampung aku line 3G belum masuk lagi. Mungkin Atuk pergi CC kot. Entah.

Last week, Mak Yah datang bawak cerita ini dan sampaikan ke telinga aku. Mak cik belakang rumah Atuk cakap, "Kalau Fara nak 'berlaki' bagi jer la". Ha!?

Dengan selamber aku terus cakap dengan Ammakku depan Mak Yah ," Mak, kalau ada orang datang meminang kita, terima jer tau!". Mak jawab, "Ok!". Great, la mummy!

Video ini khas aku tujukan kepada Atuk. Doakan kita cepat-cepat dapat jodoh, ya. ^_^





Nota ibu jari kaki : Atuk ada masalah pendengaran yang agak kronik. Doktor cakap peluang untuk sembuh amat tipis even buat pembedahan. Aku tak salahkan Atuk. Tapi, Atuk memang kelakar habis. Sampai sekarang Atuk masih tak tahu apa yang kami bincangkan hari tu. Mak Cik belakang rumah Atuk pun dah feeling-feeling sedih sebab tak dapat jodohkan aku dengan anak teruna dia yang ada 3 orang tu. Tapi, Mak Cik sure ker anak Mak Cik still teruna? Opppssss..

2 comments:

Farah Nadiah said...

relax lu beb..
lu ade mase nak cari
guys yg feeling2 korean au~
hahahaha~

Miss FarraAqua said...

itu la yang wa cari selame nih...
doakan wa berjaye, ye..
kahkahkahkah