Friday, December 24, 2010

oooooooooooooVoooooooooooo

Current Activity : Sedang mengelap hingus yang berjurai-jurai. Yang tak sempat di lap tu, di jilat ja. Lemak manis! Kira halal la.

Semalam kami menggila ber-ooVoo. Rakanan yang lain harus join kami bagi memeriahkan dan menyempitkan ruang ooVoo selain mengecilkan saiz image kami. The more the merrier kan?? Yok la bergabung dengan kami. Pasti menyeronokkan! (Macam iklan jual tilam jer)

ooVoo sangat practicle bagi mereka seperti aku yang selalu kehabisan credit. Baik juga bagi mereka yang takut kena marah dengan mak tapi gatal nak menatap wajah boyfriend or girlfriend masing-masing. Tak pun sangat sesuai bagi perhubungan jarak jauh (warga PJJ). Selain dapat menjimatkan kos perjalanan dan kos credit korang. Cakap la sampai ke pagi selagi terlarat.

Ini hasilnya ^_^

Fyza menghilangkan diri selepas dia tersedar bahawa suaranya telah bertukar menjadi suara Zoragon. Mungkin dia sudah pulang ke planet asalnya.


Abang Faris muncul seperti kilat dan terus memberi ceramah motivasi ala-ala Dr. Fazilah Kamsah. Abang Faris terhebat! Nasib baik aurat dapat di selamatkan.


Raja dengan Fyza dah terpedaya dengan kata-kata manis aku dan promosi ooVoo aku dengan mereka. Immediately mereka buat. Express!


Nadiah muncul selepas berjangkut dan berbulu kami menunggu. Fyza sudah di culik Zoragon, Raja sudah letih menunggu sambil mengetuk-ngetuk kepala dengan handset mahalnya, dan aku tunggu dengan sabar. (Yek yek jer meng-hiperbola-kan situasi).





Nota ibu jari kaki : Korang WAJIB buat ooVoo nih!! Tak buat dosa!!!




No comments: