Tuesday, October 19, 2010

Menziarah Kembali Pusara Peninggalan Abadi

Aku lentak keyakinan aku bawah kaki. Aku pijak-pijaknya sendiri. Aku tendang ikut suka hati. Kalau ikut rasa hati, memang aku nak gantung diri.

Bila aku kira hari. Makin berkurang detik itu aku kali. Aku mula fikir semula apa dah jadi dengan aku selama ini. Macam tak ada apa aku dapat setahun lebih aku di sini.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Bila mula-mula buat keputusan. Fikir panjang-panjang untuk masa depan. Dengan harapan jalan ini bukan jalan kesilapan.

Aku gali cantik-cantik pusara Cita-cita aku. Aku ukur biar sama sudut tepat segi empatnya. Aku letak pelahan-pelahan Cita-cita yang aku simpan sejak aku kenal apa itu huruf C.I.T.A yang mampu beri kehidupan masa depan. Aku tenung lama Cita-cita aku. Berat. Aku sogok hati, biarlah ia pergi ini mungkin sudah masa ia pergi dengan tenang abadi. Aku timbus pusara Cita-cita dengan penuh berat hati. Aku siram hati - hati bunga mawar di atas pusara tadi. Aku pupuk dalam hati bahawa jalan ini yang aku cari, apa-apa pun terjadi aku harus jalani.

Kini aku terfikir kembali, saat mula - mula aku buat keputasan untuk berada di sini. Hidup dalam kotak kecil mainan mereka yang mempunyai kuasa besar untuk menggerakkan diri ini.Kadang-kadang hilang nafas untuk hidup di tempat sebergini. Ghaib di kehidupan sebenar di dunia aku sendiri.

Aku terus tengking hati. "Ini jalan yang kau dah pilih sejak dulu lagi!". Sejajar dengan kata - kata aku mengangguk tanda mengerti.

Tapi aku masa mencari keyakinan diri. Kekuatan hati. Jiwa yang hilang pergi tanpa memberi sebarang keputusan yang pasti.

Aku mungkin perlukan sedikit sepakkan di pipi agar aku bangkit untuk beberapa hari lagi!

No comments: