Wednesday, August 11, 2010


Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab,Syaaban, RAMADAN, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. (Lagukan seperti kanak-kanak).

Aduh.... Sayup nya hati, bila da masuk bulan puasa nih. Sedih rasa. Bila cakap dengan kawan-kawan, mereka tanya kenapa. Jawapan nya mudah!

"Sebab aku tahu tahun nih aku tak dapat beraya dan berfoya-foya macam dulu lagi. Tisu pls!"

Ini semua sebab trial!!! Huhuhuhuhu.. Hadap jer la. Nak tak nak, kena juga trial. Nak lari ke mana pun, confrim Kak Ros kejar!

Beraya dengan kek Ekonomi, Bahulu Computing, Rendang PA, ber-airkan Katira Geografi la nampak nyer tahun nih!

Cup2!!!
Baru sehari puasa dah cerita raya?? Amat dasyat! Suka la! Fikirkan masa depan. Jadi, kita boleh prepare sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Ye tak?

Terawih malam tadi aku dah start ponteng. Sahabat tanya, aku jawab enjin belum panas. Bijak! Jawapan mengelak! Nanti iman dah penuh di dada aku pasti pergi! Kah3!

Ayooo... Tiba-tiba perut nih mendendangkan lagu "Nazam Lebaran" pula. Baru pukul 2.00pm. Dah salalu traning pun macam nih juga jadi nya bila puasa. Syaitan siapa yang terlepas nih?!!!!





Ok...
Aku harap Ramadan kali nih buat aku jadi hamba Pencipta yang lebih baik!
Hamba Pencipta yang lebih beriman dan dapat kumpul seberapa banyak pahala dan amal.
Dapat jalani ibadah puasa tanpa sebarang halangan dan godaan.
Puasa yang diterima oleh Sang Pencipta.








Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua blogger!
^_^


2 comments:

patrick star penjenayah merah jambu said...

perasaan jiwa membenam lah awak ni...
huhu...apa2 pun nice picture...

Cik Bumble bee said...

kah3!
Cuma luahan prasaan jer.
Picture budak 4 tahu lorh~