Wednesday, July 28, 2010

Cerita Kami

Perhatian. Cerita nih agak merepek. Sila tutup cepat-cepat blog nih bila rasa mual.

Pada suatu malam ketika aku sedang tidur di rumah, aku terjaga dan terlihat langsir dibilikku bergerak-gerak seperti di tiup angin yang kuat. Aku turun dari katil untuk menutup tingkap yang terbuka dan aku terkejut kerana mendapati tingkap itu sebenarnya tidak terbuka. Kemudian.....

Aku merapati diriku ke tingkap. Dalam keadaan yang mamai, aku merasa tingkap itu.
Tingkap tu tertutup rapat rupa-rupanya. Hatiku berdebar-debar.
Ku terlihat sesuatu di depan mataku berdiri tegak dan tanganku kaku di sisi tingkap.
Aku menggigil ketakutan lalu dadaku berombak kencang.
Tiba-tiba saya tertangkap oleh satu tangan yang berdarah.
Saya telah menjerit sekuat-kuatnya disebabkan kejutan ini.
Kejutan apa? Itu kita tak tahu.
Hantu! Hantu! Yeah!
Kejutan itu membuatkan aku hilang kawalan lalu terkencing ketakutan.
Apabila aku sedikit tenang, baru aku sedar bahawa aku terkencing dalam 2 gelen.
Secara tiba-tiba aku terdengar lagu sudirman "merisik khabar" bermain-main di telingaku, bulu romaku berdiri!
Aku lari ketakutan. Sambil lagu itu terngiang-ngiang di telingaku.
Aku tiba di sebuah tempat yang tidak pernah aku jumpa. Tempat itu seperti padang bola sepak.
Aku mendengar bunyi pemain-pemain bola sepak yang sedang berjerit-jerit tetapi tidak adak seorang pun di depan mataku. Jadi, dari mana datangnya bunyi-bunyi itu?
Arrrrggghhh!!! Aku tidah boleh berfikir lagi!
Aku mengharapkan ada orang yang mampu mencetuskan idea yang bernas lagi bijak.
Mana, mana orang itu?
Ahhh.. tapi harapan ku hampa. Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.




Ini cerita kolaborasi pelbagai bangsa. Kadang-kadang ayat mereka mencerminkan bangsa mereka. But, who care! We kan 1 Malaysia.

2 comments:

Nesha Zin said...

suka bemain dengan emosi~~~
bayar kat kita duit nak g klinik sebab baca cerita awak nih...!
sakit gigi.....

Miss FarraAqua said...

kah3!!!
Sehengget jer kan?
Boleh jer..
yOk!!!