Thursday, June 24, 2010

Tolong Bagi Penampar Sedas Dua

Yek, saya admit result saya merudum seperti kapal terbang Israel terhempas selepas dibedil Palestine. Boleh anda bayangkan? Silalah ber -ilusinasi sebentar!

Pointer saya pegun di pointer exam lepas! Bagus sangat la tu. Tak ada peningkatan. Overall result yang lain meningkat kecuali result Sains Kekayaan saya. Ye! Itu satu pelempang dan penerajang untuk saya!

Sangat tidak puas hati!! Anugerah Dekan bukan milik saya! Masih perlu berlari jauh untuk mendapatkannya. Sampai semput terguling-guling belum tentu saya dapat. Tapi, atas kata USAHA, saya akan terus mencuba.

Yek! Masih ada masa untuk memujuk hati untuk terus memandang buku. Kalau dengil masih sempat memaki hati untuk terus mengulang kaji. Kalau memang tak boleh nak buat apa-apa lagi suruh hati mati!





Nota ibu jari :
Siapa nak lempang wa, silakan ya~


2 comments:

patrick star penjenayah merah jambu said...

yek...sini la..nak lempang eh....awak, jom kte lari sama2...ada kwn maybe awak x semput,,,

Cik Bumble bee said...

patrick star :
meh, tangan awak. Kte lari sesame!