Tuesday, March 2, 2010

Ketawa Lawannya Air Mata

Tadi kita orang bergelak riang. Suka-suka. Gembira-gembira. Memang tak rasa apa-apa. Aku cakap '' Itu memang kita". Waktu lapang, kalau tak bergelak memang rugi la masa tu. Lagi-lagi sekarang memang busy. Masa nak berbual pun dah kena cut off. Ruang yang ada perlu di isi sepenuhnya.

Tadi aku sayang-sayangkan dia. Dia gelak malu-malu. Tapi memang betul pe. Mesti la aku sayang Mak Cik yang bagi aku jam.

Dia tenang sangat. Dia tak share pun apa yang tersirat dkt hati dia. Mulut aku berat nak tanya walau aku tahu apa gelora dan badai di hati dia. Aku terus buat dia bergelak. Bergelak sampai tertunduk-tunduk.

Ada mulut cakap, "Gelak la, nanti nangis". Aku menjawab menyetan " Cepat buat cerita sedih, aku nak nangis". Walaupun aku tahu, aku pasti akan nangis juga nanti. Bak kata pepatah Cikgu MUET aku itu part and parcel.

Setengah jam berlalu. Semuanya ok. Rebut-rebut kerusi. Belajar pintar mesti nak duduk depan. Katanya nak focus. Tapi lain yang jadi. Berita paling menyedihkan dia dapat. Aku, diam, hilang kata-kata. Cuma deraian tangisan mengiringi.

Kental. Kuat. Sabar. Itu je yang aku ingatkan dia. Kata lain aku dah lupa.

Sayang, kuatkan semangat ok. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup perlu teruskan perjuang dan redha dengan segala ujian yang diberikan oleh Tuhan. Jangan sampai fail dalam ujian ini!

Aku akan terus buat dia bergelak ketawa. Biar dia rasa hidup ini masih indah dan perlukan kecerian. Yeah, perjuang di hujung tahun ini masih ada! Fighting.

Salam takziah untuk keluarga NUR AALIA BINTI RAZALI.
Semoga roh ayahandanya akan di cucuri rahmat.
AL-FATIHAH


" Kita akan rasa kehilangan orang yang paling kita sayang. Tapi, bagaimana pula
perasaan orang yang kita sayang bila kita yang meninggalkan dia?"

Entah kenapa ayat nih aku jumpa masa aku menuju keluar dari toilet pagi tadi. Gigil!

4 comments:

LeYnA @_@ said...

setiap yg kite syangi...mesti ader dugaan'y..hurm~~

farah nadiah said...

:(

Aalia said...

Aku tau aku akan menagis sebab tu aku gelak sepuas ati aku.Aku takot sangat2.Akhirnya aku dapat ape yang aku tidak inginkan.

Cik Bumble bee said...

Aalia :
sabar yek sayang~