Monday, February 22, 2010

Terima Kasih.Terima Kasih.Terima Kasih. Kenapa Susah-susah nih??

Kebelakangan ini otak bergegar, hati menggeletar. Langsung tak ada mood nak menekan-nekan huruf di key pad. Apa kes????

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Kenapa la korang susah -susah sangat nih??? Aku tak mintak pon korang buat macam nih. Tidur lambat. Melaburkan 10 sen korang. Mem-percumakan masa korang untuk aku dan membuangkan sejumlah kertas berwajah Agung untuk aku. Susah -susah jer la.

Terima Kasih Mak Cik Tersayang yang berpeluh jantan untuk menyediakan entry khas untuk aku di pagi - pagi buta. Ini Entry nya. Click. Kenapa buat pagi-pagi buta nih. Esok pon boleh. Nanti hilang susuk. Huhuhuhuhuhuuu~ Apa-apa pon, Mak Cik sayang kamu ketat-ketat lorh.. Susah-susah ja.

Terima kasih kepada sahabat - sahabat yang telah berikat perut untuk membelikan aku cenderahati dan cenderamata untuk aku. Tocey2~ Terima kasih Mak Cik Nadia yang telah meng-cenderahatikan album untuk wa. Macam tahu - tahu jer album wa dah kehabisan page. Jimat duit wa di situ. Untuk Mak Cik Bend (Aalia) terima kasih kerana telah menambah kawan-kawan Pak Cik Bintik Menitik aku,ya. Dan terima kasih juga dengan jam yang kau berikan. Macam paham-paham jer cerita sedih tentang jam aku yang tak sampai 1K yang aku buat scuba diving di Phuket dulu. Terima Kasih ya. Terima kasih kepada Cik Chef Sufi yang telah memberikan Buku Motivasi " Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali" yang buat aku terasa di sepak-sepak dan terima kasih juga untuk mee goreng ber-satu set kan Teh 'O' Ice 'Lemon'. Terima kasih Makwe untuk brooch merah nya. Insyaalllah akan aku pakai ketika ber-dating berbaju merah dan bertudung pink nanti, ya.

Terima kasih ayah yang telah membelikan LCD TV untuk Fara. Katanya untuk belajar. Penguat semangat. Yek ker? Terima kasih juga untuk Fire Lady tu,ya. Tapi gambar je la. Yang real, beli sendiri. Pesannya. Terima kasih mummy kerana meluangkan masa untuk meronda dan menghabiskan duit untuk Fara. Terima kasih Apiq yang telah mengalahkan kan aku untuk pertarungan 'knight to knight' hari tu. Siap kau nanti! Pasti ada perhitungan seterusnya.

Terima kasih bagi semua yang telah memeriahkan GATHERING WITH GLARING AT THE OVER-RIVER hari tu. Nak pergi oversea, nanti orang cakap over sangat. Over - river jer la.. Thank untuk, Nyah Irene yang gila havoc dengan cerita bro-guard UiTM nya, Deeba Si Drifter baru, Meera dengan keayuannya, Cikgu Ammar dengan Mek Kelante nya. Tak lupa jugak untuk mak cik - mak cik kesangan hati, Nadia dan Aalia. Thank alot for shining my day with glittering happiness and joy.

Aku dah besar sekarang!!!!










Maaf atas kelewatannya~

4 comments:

i'msosupernotcool said...

kat mane tuh?

Miss FarraAqua said...

Tak lepas s'pOre pOn~

- orked - said...

huhuuh....

cik bumble bee...

mau kenal kenal kamu!!

Miss FarraAqua said...

-cik cumey- :
can2~