Monday, February 15, 2010

Menyingkap Keghairahan Lalu

Nih bukan kes singkap - menyingkap kain anak dara orang ok. Sexy + aurat ya. Haram di lihat untuk kali kedua. Tetapi kalau dah tertengok sekali tu. Tenung lama-lama. Rezeki. Ikkk? Boleh ka macam tu? Up to mu la. Yang dosa korang bukan aku.

Choyy, sangat menyimpang daripada tujuan utama entry kali nih.

Peluh-peluh basah belum kering lagi. Tangan nih terasa nak meng - smash lagi. Hati masih lagi di meja ping pong tadi.

Minggu lalu aku dapat membuli adik-adik from 1 & 2 dengan 'merembat' 'ping pong bat' berserta bola untuk di main bagi menghilangkan gian di hati. Giler lama aku dah tak menyentuh meja ping pong. Padahal rumah aku sendiri ada. Belum beberapa pukulan aku berikan, belum sempat keluar jurus 'ballet' aku dipertontonkan cikgu dah panggil pergi ber-metting. Kacau betul la. Terbatut keghairahan tadi.

Masa cuti nih la. Waktunya aku perlu membuka kembali meja ping pong yang dah berhabuk serta di serikan lagi dengan najis cicak yang tak reti bergi toilet tu. Rindu! Baru lah peluh-peluh jantan aku boleh keluar. Kalau tidak buat lemak je.

Ketaksuban aku kepada ping pong bermula apabila Along bawa pulang bat ping pongnya daripada UPM dulu. Masa tu main pakai meja makan je. Di sebabkan mak susah hati tengok kita orang main pakai meja makan dia, so dengan baik hatinya mak telah membelikan kami satu set meja ping pong untuk anak - anaknya boleh memperbaiki skill yang ada.

Permainan ini jugak la yang Apiq dan aku main bila datang ke Fakulti Bioteknologi. Tidak gentar melawan tutor dan lecturer di sana. Sampai ke pagi pon sanggup. Kepuasan yang diperoleh di setiap smash cantik yang berjaya dihasilkan. Ada satu malam tu, cuma kami bertiga yang di ada di Falkuti itu. Tiba-tiba terbau Maggie Kari. Makin lama makin kuat pulak baunya. Baru sahaja pagi tadi ada seorang prof bercerita yang ada seorang pekerja di situ ternampak kelibat seorang wanita dan anaknya di aras atas bilik ping pong tersebut. Terbawa-bawa dengan cerita tadi. Kami terus lari lintang pukang tinggalkan meja ping pong. Mungkin ada yang menghabiskan game kami tadi dengan semangkuk Maggie kot malam tu. huhuhuhuhuhuhu...

Tapi, sayangnya aku hanya jaguh kampung. Bila di buka untuk pemilihan aku langsung tak hadirkan diri. Chicken.

Sebenarnya, ada lagi keghairahan yang membuatkan aku bernafsu dengan sukan ini. Itu nanti la aku ceritakan. Ini semua kerana dia.

1 comment:

Anonymous said...

pingpong?
x minat..
hehehe..

chiyok2!