Friday, February 5, 2010

Pendidikan Moral dan Sivil

Aku bukan cikgu Pendidikan Moral atau Pendidikan Sivil. Cuma bercita-cita nak cikgu Pendidikan Jasmani. Senang sikit. Anak murid lari, aku duduk. Dengan alasan, 'Cikgu dah tua, tak boleh lari nanti tulang reput, dulu masa muda-muda lupa nak minum Anlene". Selain tu, aku boleh buli budak-budak nih. Aku suruh lompat. Confrim dia orang lompat. Suruh baring confrim baring. Suruh ber-gymnastic pon dia orang harung ja. Kalau tak buat nanti ilmu tak di Halalkan. Nanti susah. Nak tak nak kena buat la. Ish, nampak sangat bakal cikgu yang kejam. Sebab tu bapak aku tak kasi aku jadi cikgu. So, terkuburlah cita-cita aku nak jadi Cikgu Pendidikan Jasmani. Cup! Tutup cerita Pendidikan Jasmani.

Tadi masa nak baca yassin terawal pula sampai. Nak tak nak kena la tolong ustaz kemas dewan. Lagi pun, aku dah berjanji tahun nih nak mendekatkan diri pada ustaz. Atas alasan? Keikhlasan KOT. huhuhuhuhuhu???? Tiba-tiba aku dengar Ketua Pelajar sebelah aku membebel sambil berkata ' Dia orang nih tengok ja, bukan nak tolong'. Aku Si Kepoh tanya la siapa. Jawapannya, ' Sapa lagi, budak2 from 6 la'. Sentap seh. Tentu-tentu anak buah aku tu yang di 'point' kan. Ketua Pelajar sendiri yang cakap. Asal korang nih? Nak kata segan. Entah. Mungkin kot. Tapi nak di segankan apa. Dengan Ketua Pelajar? Weh, aku tahu la Ketua Pelajar tu macho, tegap, perkasa tapi dah tentu-tentu aku punya. Buat pe nak segan-segan lagi. Dah tentu dia sayang aku sorang je. Kah3! Tegap mana? Perkasa mana? Macho mana? Ketua Pelajar aku. Nanti la aku cerita.

Itu satu, hari tu aku punya berhemah sound "Weh, kawan-kawan kutip la sampah yang nampak tu". Respone nya, dia orang tengok muka aku. Weh, tak payah la tengok muka aku yang separa cun nih, baik korang kutip sampah yang ada sebelum cikgu berbunyi lagi. Haram, seorang pun tak bangun. Siapa tak hangen, bro. Lepas tu aku terus jadi orang gila membebel sorang-sorang cakap dengan sampah. Mesti dia orang tulis dalam blog dia orang dengan tajuk entry 'Farhana Gila Bercakap Sorang'. Stress tahu!

Kadang-kadang aku hipokrit juga. Bila apa-apa aku pasti nak dengar ucapan terima kasih daripada orang. Tapi, itukan tanda kita appriciate dengan orang yang dah tolong kita. Apa salahnya kan? Aku yang jahat biasa la, orang tak cakap terima kasih, aku yang cakap dekat dia. Tak tahu la faham ke tidak maksud tersirat.

Last, aku nak membebel hari nih. Bila kita rasa kita salah, Just say, SORRY. Pasti aku jawab 'TAK PE, IT OK'. Tapi, susah kalau mulut orang ada intan permata nih. Susah nak buka, keluarkan kata-kata tu kot. Tak apa lah. It ok. Wa redha.

Sekolah dan kelas adalah tanggungjawab kita. Aku rasa tak perlu mention siapa yang selalu pegang penyapu, dan siapa yang tak pernah kenal penyapu tu apa. Letih, kalau kita sorang yang ber ia-ia. Kalau yang lain macam 'bina-tak-bina'. Kalau sungguh korang tak suka, biar sekolah macam kadang kambing, kelas kita macam recycle centre. Itu pilihan kalian.

Aku mintak maaf pada sesiapa yang tersinggung. Kita sama-sama buat kesilapan. Aku juga tengah menasihatkan diri sendiri. Jangan sampai aku yang buat benda yang sama. Tidak pernah belajar Pendidikan Moral dan Sivil bukan alasan untuk kita tidak berbudi bahasa, bertindak kurang sopan, dan jadi manusia pekak. Kadang-kadang aku sendiri perlu di sepak untuk tidak menjadi terlalu manja dan 'babe'.

Terima kasih.

2 comments:

i'msosupernotcool said...

gua x blajar pon dua2..
tp gua ade sifat2 murni tuh..
haha

Cik Bumble bee said...

i'msosupernotcool :
sepatutnya mcm tu. tp, tah la. lain org lain care kOt. aku tak suke la org yg mcm nih. letih nak lyn~