Saturday, February 6, 2010

Cross Country Bersama Hero Gadis

Cross Country atau nama barunya Road Run hari nih berjalan dengan lancar selancar minyak pelaris. huhuhuhuhuhu

Tapi sedikit spoil, bila pagi-pagi terbitla manusia yang tahu apa yang patut mereka buat sedangkan senarai kerja telah diberikan/diedarkan seminggu lalu. Semua sibuk mendampingi aku. Rimas! Merayu-rayu nak tukar kerja. Weh, wa ta cair pon. Keputusan adalah muktamad. Tidak boleh dipinda lagi. Pada mak cik yang menolak aku tadi terima kasih, ya. Menunjukkan bahawa kaum minoriti korang nih memang macam tu. Buat-buat la bertaubat. Sekental-kental aku, still ada perasaan ok. Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Ingat langit tak selalunya cerah. Air yang di sangka tenang jangan sangka tak ada buaya tembaga. Jangan sampai kerusi duduk dekat lantai tiba-tiba duduk dekat tengkuk korang.

Hari nih tugas aku menjaga check point (CP) 1. Port yang paling strategik yang aku sendiri pilih. Bawah pokok yang redup di tepi longkang yang bersih dan bersebelahan dengan kuil bersama Aalia dan hero gadis. Peh, memang havoc. Dalam berjalan ke CP kami, kita orang ada class MUET di dalam kereta. Si Hero gadis yang asyik buat lawak dia sambil mengurat adik-adik yang berlari.

Kesian rumah Lekir, keputusan tersalah. Tiba-tiba langsung tak ada emas. Padahal ada 3. Aku sebagai ex-Lekir aku cukup tersentap. Lagi Ketua Rumah mereka. Siap naik pentas. Tunjuk protes. Ini baru jantan. Tapi, keputusan macam tak berubah ja. Bersabar, ya.

Sebagai info : Kalau kita tengok selalunya upacara sembahyang India menggunakan loceng. Sebab apa? Sebab bunyi loceng tu untuk memberi ke-khusyukkan kepada mereka yang sembahyang tu. Supaya dia tak terganggu dengan persekitaran. Macam tu la. Teacher cakap tadi.


3 comments:

i'msosupernotcool said...

owh ye ke?
gua rasa bapak annoying nye bunyi loceng..

Cik Bumble bee said...

i'msosupernotcool :
konpem!
mungkin itu tradisi dia org kOt~

AzuanBudakMemandai said...

bertanding memang camtu..aku suka part bantah tue wakaka