Sunday, February 14, 2010

Aku Tak Nak Jadi Rasis

Malam tadi aku rasa macam tumpang tidur di sempadan Gaza. Peh, giler bingit. Dengan sinaran letupan mercun dari mana-mana ruang udara Kota. Siap ada bunyi siren polis peronda lagi. Aku dapat merasakan keadaan semalam tak dapat di kawal kot. Tak pe la. Setahun sekali. Habis mercun mereka nanti berhenti lah tu.

*******************************************************************************

Minggu sudah masa orang semua sibuk balik dari padang selepas acara Sukan Tara aku mencari alasan balik sedikit lambat. Atas sebab..... Perlarian daripada 'anoyying' person. Dalam perjalanan balik beramai-ramai. Tinggal aku sorang jer berpegang dengan kata-kata hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Nak tak nak aku kena balik jugak la dengan segerombolan amoi-amoi yang ada nih. Sejak dari padang tadi aku asyik dengar sorang amoi nih asyik mention nama Farhana je. Curious jugak aku apa yang sedang mereka bualkan dan gossip kan tentang Farhana nih. Aku cepat-cepat tanya salah seorang daripada mereka. "Kenapa dengan Farhana, wak?". Dalam hati, berani-berani kamu mengumpat Farhana,ya amoi. Nasib baik ada translater yang baik hati meng-traslate conversation mereka tadi. "Yu Ning cakap awak kawan Melayu pertama dia" berkata lah Si translater yang sudah 10 tahun aku kenali. "Awak patut berbesar hati" tambah Si translater lagi. Aku mampu tersenyum dan "Terima kasih awak". Salah seorang daripada mereka memegang kemas tangan aku dan terus mengajak aku ber-slow jog sambil bergelak besar mendengar cerita-cerita mereka.

Aku rasa, aku tak patut berfikiran buruk tentang mereka. Tiada bezanya antara mereka dan aku. Tiada beza antara Hang Tuah dan Wong Fei Hung.Bezanya mungkin agama dan adat. Yang penting kita adalah 1 Malaysia. Berpijak di atmoshera yang sama.

**************************************************************

Happy Lunar New Year to, Jin Hua yang selalu bergossip dengan aku pagi-pagi. Eun yang selalu kecoh dengan keadaan yang agak messy. Chang, my best translater, Zi Hong dengan falsafah guru biology nya, Kang dengan kereta viva putih nya (aku tak suka kerata putih. pengganas!). Cheah Wei, farahin kirim salam! Sak dengan Chia Chia nya, Mei Fern yang selalu mengacau kelas Ekonomi aku. Goh, gOOOOO JPAM! Si Jie, yok kita ber- slow jog lagi. Dan semua kawan -kawan yang aku terlupa. Yang satu ini mungkin aku tak akan pernah lupa kan kot, 'teristimewa' untuk Bao Xian. Geli seh. Marah Chua An Ki nanti.

Gong Xi Fa Cai!!


1 comment:

Leena said...

great...mmg best kwn ngan chinese nih...i pown ske...huhu