Tuesday, December 8, 2009

Short Message Service (SMS)

"Askm, np awk diam, slh ke sy nk bkwn, sory r m'ganggu awk, mgkin cm ni cra org kaya ek... xleh bkwn ngn org biase, xda standard.."

Nah! Ambek balik kata-kata kau nih. Tak payah nak provoke aku. Kau ingat kau tulis macam ni aku nak melutut depan kau. Weh, simpan je la muslihat kau tu. Aku tak akan buat macam tu. Sorry, aku tak mampu nak pergi tambah nilai(top up) kredit aku. Aku bukan orang kaya. Kalau aku ada kredit tadi memang aku basuh bersih-bersih otak kau. Ayah aku dulu cuma tukang kebun, pak guard sekolah, buruh biasa dan entah apa lagi yang bapak aku buat dulu. Its fact. Aku tak boleh nak selindung.

Kau telan la kata-kata kau tu. Kau nak buat gulai. Kau nak kasi tujuk anak cucu kau. It up to you. It not my problem at all. Kau bangga apa yang kau cakap berulang kali dengan aku? Kau rasa kau dah boleh tundukkan aku? Weh, bagi alamat lengkap rumah kau. Aku nak kasi pengajaran sepenyepak dua. Kalau tak cukup siku dengan lutut aku sedia membantu. Jangan lupa nombor handset mak ayah kau sekali. Senang aku jawap kalau mak ayah kau tanya kenapa dengan anak dia.

Aku bukan nak kawan yang ada aset melebihi $1.2billion. Ada rumah agam untuk aku tumpang bermalam. Ada kereta menjalar panjang buat aku pergi melaram. Tak payah semua tu kalau cuma nak menyakitkan hati. Aku cuma nak kawan yang jujur. Setia dalam persahabatan. Sanggup kongsi senang dan susah. Aku rasa aku dah terangkan dekat kau hari tu. Apa yang aku nak tahu daripada kau. Kau jadi melenting. So, what? Itu nak jadi kawan aku? Lu fikirlah sendiri.

Plus, aku rasa kau berjantina lelaki. Jadi, aku malas nak layan. Cukup kawan-kawan lelaki yang aku ada sekarang. Tak payah nak tambah lagi. Aku lebih suka it come naturally. Tak payah di cari. Friendship is easy, man. Just put some honest, add some loyalty and as a accessory decorate a huge joy and happiness in the relationship. It perfect! Ya, we need money because everything is money nowaday. But, remember this bro. Money it not everything.

Kau sibuk memaki diri kau, kau ingat rezeki tu datang daripada langit tanpa usaha? Kau cakap benda yang sama berulang kali dengan aku nak suruh aku simpati ke? Aku lebih suka orang yang ada ambition untuk majukan diri dalam kerendahan diri. Bukan merendah-rendahkan diri sendiri. Setiap apa yang kau cakap itu doa, bro. Kalau aku amin kan. Doa termakbul macam mana? Salah aku juga? Malas nak cakap panjang kau orang tak nak faham.

Hentikan ayat 20 sen kau. Daripada kau bagi aku mesej yang bukan-bukan baik kau salurkan 10 sen, 20 sen dekat orang yang lebih memerlukan. Kalau ianya ikhlas. Kau juga yang dapat pahala. Betul tak?

“ Hanya zaman persekolahan saja yang mengajar kita erti persahabatan & remaja, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tak akan kembali lagi. Masa ini jua kita membawa haluan masing – masing, mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah, belajar, bergurau, ke kantin bersama.. terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar di lupakan.. mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana merindukan zaman pelajar yang sangat indah. Jadi hargailah zaman remaja dan persekolahan anda”

Mesej ini buat hati aku terus tersenyum. Suka untuk membaca berulang-ulang kali. Baca untuk terus merasai keindahan alam itu. Teringat masa hari pertama pergi sekolah. Nangis. Mak kena tunggu dekat pintu kelas. Pergi balik sekolah mak ambek. Tapi, tahun demi tahun. Aku dah jadi dewasa. Sekolah lah yang mendewasakan aku. Jadikan aku lebih kuat. Cool. Hebat mungkin.(Perasan). Cikgu baik. Paling-paling pun cikgu rotan. Nangis sekejap je. Lepas tu ok la. Kawan-kawan pun sempurna. Lelaki pun hot-hot. Tapi, tak sama la dengan hot Edward Cullen. Huhuuhuuu. Tadi, mak bagi mesej pasal wanita yang dia sayang. Aku rasa nak nangis je. Rupa-rupanya mak sayang aku la. Sayang mak juga!

Nota buku lali : Hey, kau. Aku tak membenci kau pun. Aku Cuma benci kata-kata kau yang tanpa usaha. Kita kawan kalau kau sanggup kawan dengan aku. Aku akan cuba sanggupkan. ??????