Friday, December 11, 2009

Pergi Berambus

Agak kurang sopan benar tajuk entry aku hari nih.

Kami nak berambus. Tolong tengok-tengokan mak kucing dengan anak- anaknya, ya. Bagi makan pagi dan petang. On time. Kalau tidak nanti dia orang mengamuk. Parah! Ikan-ikan ayah aku pun bagi makan juga. Seminggu 3 kali ja. Jangan banyak-banyak. Ikan kap kalau makan banyak nanti mati. Binatang ternakan yang lain, macam tikus, semut, lipas tu tak payah la korang rajin sangat nak bagi makan. Makin banyak pula keluarga aku nanti.

Pokok bunga mak aku jangan lupa siram. Dari depan sampai belakang. Rumah sapu sekali. Sawang-sawang tu buang. Lap tingkap. Bersih-bersih tau.

Mana yang pergi PC Fair dekat Persada tu, jangan lupa belikan aku mouse putih seekor, ya. Tu jer yang aku nak. Kalau korang baik hati nak belikan aku laptop lagi satu kira ok juga. Boleh mak aku chating dengan aku. Huhuhuhuuuhuu.

Nanti jangan rindu-rindu aku. Kalau aku ingat korang aku bagi la apa-apa ole-ole k. Kalau aku hilang ingatan maaf je la. Anggap ja manusia selalu lupa dan alpa. Peh, ayat....

Cakap macam nak pergi berbulan-bulan. hahahahahaha.

Nota buku lali : Pak cik dengan mak cik-mak cik ku tersayang. Aku/kita teringat-ingat takoyaki yang tak sempat nak dijamah tadi. Nanti pos laju ekh.

Dah, aku bla dulu. Assalamualaikum~

2 comments:

i'msosupernotcool said...

waalaikumsalam..
tapi ko nk pergi mane??

Cik Bumble bee said...

hahahahah~ secret buat mase nih~