Wednesday, December 16, 2009

Dari Bagan Lalang Lalu Di Halau Ke Phuket Merepat Di Melaka

Dari Bagan Lalang
Kalau dah pergi Bagan Lalang tu tak kan nak pergi menoreh pula kan. Mesti la nak pergi makan seafood. Erm, aku harus jujur. 3 bintang ja yang aku mampu untuk bagi. Itu pun sebab Abang Long belanja. Kalau tak, 2 1/2 bintang ja aku kasi. Mana boleh lawan seafood dekat Kota ni. Apa-apa pun, thank Abg Long~

Lalu Di Halau Ke Phuket
Sawadikap,
Bertukar angin. Asyik pergi Desaru dengan Tanjung ja. Nak rasa juga merasa air sejuk di pantai Phuket. Sambil mencuci mata melihat "Mat Salleh" hot jalan berbikini. Puas aku tengok. Dah memang tak boleh elak. Hadap ja la. Yang lelaki confrim suka. huhuhuhuhuhuhuhuu. Pengenalan dengan King Kong yang lumpy setengah blur memang lawak. Dengan bahasa English-Thai nya buat kita orang asyik berfikir apa yang dia cuba cakap kan. Nevermind la Kong, kita orang cuba buat-buat faham. Pada Uncle Bayan yang asyik-asyik "makan cheap-cheap" dia, buat kita orang rindu dengan trademark tu. Malam di Phuket adalah malam joget samba di jalan. Malam untuk memenuhkan rumah urut. Malam untuk bermabuk-mabuk. Kami? Makan Maggie di bilik sambil tengok drama Thai dengan dahi berkerut cuba memahamkan jalan cerita. Yang aku kecewa dan berkecil hati korang tahu apa? Amoi-amoi tukang urut yang duduk tepi jalan tu kurang main bertarik tangan kalau lelaki jalan suruh ambek service dia, kalau perempuan langsung tak nampak. Aku pun nak rasa juga massage best korang tu. Dah malas nak cerita panjang.

Kini aku biarkan gambar bercerita












Aksi-aksi mandi di pantai dan posing maut "Mat Salleh" tanpa baju aku letak dekat Facebook. Pergi la tengok. Ha! masing-masing sibuk buka FB. Jangan harap la aku nak letak. Tak mungkin k. Akan aku buat arkib gambar-gambar tu semua.

Merempat Di Melaka

Aku dah cakap, tak dapat pergi Macau dapat pergi Melaka pun da cukup. Saja nak tengok bandar orang. Mungkin hebat. Ya, memang hebat! Tempat aku pun Kota Bersejarah tapi tak la bersejarah sangat. Kota yang di kelilingi kubur. Itu yang lebih tepat. Perjalanan aku di Melaka untuk beberapa jam sudah cukup buat aku seronok. Buat aku berpeluh basah. Buat kaki aku lenguh untuk berjalan. Huhuhuhuhuhuhuhu.






Nota Buku Lali : Aku kagum melihat kebersihan Pantai Patong dan sekeliling Bandar Phuket. Tapi, aku malu melihat Malaysia yang penuh dengan sampah, dan putung rokok. Sungguh tak bertanggungjawab.

2 comments:

i'msosupernotcool said...

aku da lame x pergi melancong..

Cik Bumble bee said...

hahahahahaaa~ aku pOn da lame. nih la baru dpt pegi. Nnt kO free kO pegi la~