Sunday, December 20, 2009

Kantoi

"Sayang! sayang! sayang!" kedengaran jelas kata-kata jahanam ini di corong telefon yang ter-luodspeaker.

Keadaan yang riuh rendah kini benar-benar sepi. Mahu fokus! Apa benar kata-kata itu yang di ungkapkan oleh pemanggil. Jelas! Itu suara perempuan. Suara agak keras. Agak rushing. Sedikit marah juga ada.

Dari hujung khemah ke hujung, suara itu memecah kebisingan. Tiada apa yang perlu diselindungkan. Tidak perlu meng-cover lagi wahai penerima panggilan. Kami belum pekak. Kami masih ada otak. Tak perlu nak mengelak.

Nasi yang baru sahaja mahu di suap ke mulut aku tolak tepi. Speechless. Gamam. Bisu. Sentap. Kini kedengaran suara omelan wanita di sebelah aku. Aku tak mampu untuk menoleh. Lelaki yang duduk selang sekerusi aku tadi raib. Mungkin malu. Mungkin segan. Mungkin bengang.

Aku tahu. Apa yang dirasakan oleh wanita sebelah aku ini. Aku yang mendengar rasa nak gugur jantung. Inikan lagi dirinya. Aku rasa nak mencurahkan air mata. Ini lagikan dirinya. Aku ingin memaki. Inikan lagi dirinya.

Aku tidak mahu menyalahkan lelaki itu kali ini. Aku mahu memaki suara jahanam di corong telefon tadi. Apa jenis manusia kau nih? Aku pasti kau juga berjantina sama dengan wanita di sebelah aku. Apa panggilan untuk manusia macam kau nih? Betina? Pisau cukur? Bosia? Aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Adakah kau layak menerima panggilan itu? Itu Tuhan sahaja yang tahu.

Tetapi bagi aku. Kalau kau perempuan yang baik-baik kau pasti tidak akan mengganggu hubungan orang lain. Tidak sama sekali! Kau tahu bertapa remuk hati Si Wanita? Bertapa pedih penderitaan Si Wanita? Terasa di injak-injak hulu hati. Terasa di ratah-ratah hati.

Kalau kau mahu duit Lelaki. Kau ambek la. Tapi jangan kau rampas kasih sayang, cinta dan masa Lelaki untuk keluarganya. Jangan kau hancurkan kebahagian keluarganya.

Menurut suara yang aku dengar tadi. Umur kau tidak kurang lebih seusia aku. Apa kau mahu dengan Lelaki tua? DUIT? SEX? CINTA? Apa kau mati tanpa Lelaki?

Keluarga Lelaki pasti redha menerima kau menjadi sebahagian keluarganya kalau kena dengan gayanya. Kalau ini lah cara kau merampas. Aku rasa harus kau aku humban dalam gaung. Biar kau tahu bertapa pedih hati wanita dan keluarga.

Kau jurutera? Kau Guru? Kau janda? Masih boleh keluarganya pertimbangkan. Tapi, kalau kau hanya perempuan jalanan. Pengikis. Aku ingatkan kau di sini. Kau harus ingat neraka itu azabnya.

Aku juga wanita. Aku rasa peritnya. Maaf kalau bahasa aku agak kasar terhadap kau. Tapi, kau akan rasa apa yang Wanita rasa kalau cinta dan kasih sayang kau di khianati oleh kerana sikap kurang rasional kaum kau sendiri. Jangan jadi pemusnah. Jangan jadi dalang kemusnahan. Itu peringatan!

Bertaubatlah perempuan dengan harapan Lelaki akan berubah.

Maaf bahasa kasar. Mintak di sepak.

3 comments:

avid said...

letih dengan perangai org ke-3 ni...tampo kang marah...

Miss FarraAqua said...

betOl! what gOes arOund will cOmes arOund. tgOk je la nnt! huhuhuhuhuuu

i'msosupernotcool said...

owh.. x kasar pon..
xnk sepak..