Wednesday, December 2, 2009

Dah Datang Dah

Semalam ramai yang sebuk count down nak masuk tahun 2010. Peh, aku dekat rumah gigil-gigil tengok kalender. Kalau boleh aku tak nak lepaskan tahun ni. Aku nak peluk ketat-ketat tahun ni takut terlepas. Aku nak sorok dalam-dalam tahun ni takut di curi. Aku nak bungkus cantik-cantik biar dapat simpan dalam almari.

Tapi, kenyataan. Aku bukan Sang Pencipta yang mampu menyekat setiap detik, saat, minit, jam untuk berhenti untuk aku ulang semula apa yang berlaku 11 bulan yang lalu. Aku tak mampu. Tapi, aku mampu untuk menghidupkan waktu. Aku pasang bateri, hidup la jam tu. Huhuhuuuhuu~ Sorry, merepek sekejap.

Tahun ni, banyak buat aku jadi orang. Buat aku jadi dewasa. Buat aku jadi lebih kuat. Macam Bumble bee. Macam - macam berlaku. Orang di sekeliling aku juga turut berubah dengan drastik. Ya, semua orang!

Permulaan tahun aku, di mulakan dengan acara yang biasa-biasa sahaja. Duduk rumah, bagun pagi. Kemas rumah. Masak. Tengok TV. Tidur. Dan ada la acara sampingan yang boleh buat aku jadi orang.

4 bulan bercuti dan goyang kaki di rumah tanpa memikirkan nak cari kerja part time atau full time aku minta mak masukkan aku dalam kelas menjahit. Peh, masa tu aku rasa aku macam da nak kawen je hujung tahun ni. Pagi masak, petang pergi kelas menjahit. Macam makcik- makcik gila la. Nak kata pandai. Tu tak sangat la. Tapi boleh la pegang mesin jahit. Tak la sampai seluar sendiri koyak minta mak yang jahit kan. Memang minta maki la daripada mak kalau macam tu.

Rugi aku tak dapat pergi PLKN. Seronok tengok makcik-makcik kesayangan aku dapat pergi sana. Dapat banyak pengalaman. Dapat banyak kawan. Dapat banyak pakwe. Cup2! yang itu tidak perlu. Tak dapat aku berbakti kepada negara aku. Sadis!

Sebab aku da cukup umur. Aku mintak mak aku nak ambik lesen memandu. Lesen menunggang? Jangan harap! Itu haram dalam keluarga aku. Bahaya kata bapak aku. Ya! Fara setuju ayah! Macam aku cerita di entri yang lepas. Aku memang tak suka sekolah memandu. Buat aku malas nak jejak kaki dekat sana lagi. Orangnya, macam orang nak makan orang. Tapi, aku amat berterima kasih pada cikgu memandu aku. Cik Salleh. Dia la yang buat aku menjadi pemandu yang hebat sekarang. Aku pernah cakap benda ni semalam dekat mak aku. Tapi mak aku gelak berdekah-dekah. Kenapa, yek?

Result SPM? Entah. Mampu buat aku nangis sebaldi mungkin. Tapi, itu sahaja yang aku mampu. Nak lebih-lebih. Aku tahu mana tahaf kemampuan aku. Bila aku berfikir dengan rasional. Hidup harus di terus kan. Nak terus kawen. Tak ada siapa yang sudi. Nanti dia bagi aku makan pasir berlaukan batu karang. Nangis lagi! Jadi, aku decide nak masuk Pra-U. Private University? Aku tak percaya. Sorry.

Dalam persahabatan, ia makin buat aku lebih matang. Makin aku membesar, makin banyak kawan, teman dan sahabat yang aku temui. Macam-macam ragam yang aku jumpai. Tapi, aku dah ambil risiko untuk mengatakan mereka adalah sahabat. Aku harus terima apa jua yang berlaku. Tidak perlu mengeluh. Buat bodoh. Pasti keadaan itu akan menjadi bodoh juga. Lama-lama lupa. Tapi, buat aku dan yang lain lebih berhati-hati. Apa pun yang terjadi mereka tetap memegang titile "Sahabat" dalam hidup aku. Itu aku pasti.

Dalam soal cinta, aku tolak tepi, aku campak jauh, aku sepak menyerak perasaan itu. Ah, tidak perlu semua itu. Aku masih ada keluarga dan sahabat yang masih boleh buat aku gembira. Melayan aku bila aku tengah gila. Dengar rintihan aku bila aku duka. Gelak ketawa bila aku cuba berjenaka. Ini semua cukup untuk aku. Buat apa cinta kalau menyakitkan. Buat apa cinta kalau memedihkan. Buat apa cinta kalau hanya mahu melukakan. Damn it! Aku benci si pengkhianat cinta! Orang macam ni, hanya mintak pakej pengajaran berupa : pelempang, penyepak, dan penerajang dekat mana-mana anggota badan. Memang free kalau nak.

So far, aku ok ok aja kok. Siang dan malam aku macam siang dan malam orang yang lain juga. Tidak lebih bintang aku di sini berbanding bintang kalian di sana. Sama sinarnya bulan di sini dan bulan di sana. Sama panasnya cuaca di sini dan di sana. Korang gembira. Ya, ampun. Aku di sini lagi gembira. Tahukah anda bahawa, benda yang kecil kalau kita anggap ia menyeronokkan pasti ia akan menggembirakan. Biarkan ombak bergelora. Biarkan guruh berdentum. Biarkan ribut melanda. Kalau kita di sini menerima dengan senyuman ia satu keindahan kehidupan. Baru seronok! Kita hanya perlu " just go with the flow". Sempurna hidup kalau kita mampu lakukannya.

Pesanan ringkas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya( JPJ) : Pandu berhati-hati. Ikut lorong yang di sediakan. Ikut arahan papan tanda yang dipaparkan.

Pesanan ringkas daripada Hospital di seluruh negara : Jaga kesihatan dan keselamatan anda. Katil di hospital sudah penuh. Kalau ada yang nak masuk lagi kena baring di lantai. Special punya~

Pesanan ringkas daripada Jabatan Bomba : Jangan main api, nanti terbakar diri. Jangan memandu laju, nanti kena sapu. Selalu kita orang boleh tidur. Tapi, sejak dua tiga menjak ni, asyik busy "memotong" kereta orang je. Kita orang simpati.

Pesanan ringkas daripada Polis Diraja Malaysia : Jaga harta benda anda daripada penjenayah. Kita orang da borong filem dekat kedai Kodak sebab banyak nak kena ambil gambar kemalangan. Kaya tauke kedai.

Nota buku kaki : Kalau kau nak datang, datang la. Aku tunggu, aku lalui, aku akan hadapi.