Thursday, December 3, 2009

Aku Tahu

Aku bodoh kata mak aku. Aku bodoh sebab di perbodohkan. Aku tak marah mak aku cakap macam tu. Memang aku tahu. Aku memang bodoh. Dia cakap macam tu sebab dia sayang aku. huhuhuuuhu.

Aku da lama rasa bodoh. Tak sure sangat.Tapi, selepas mak aku explain pajang lebar tadi. Aku yakin. Aku memang bodoh. Tak tahu macam mana nak cakap lagi. Memang bodoh la.

Aku tahu keadaan tu memang memperbodohkan aku. Keadaan itu cuba mengeksplotasikan aku. Keadaan itu cuba mempergunakan aku.Apa pun yang berlaku, aku diam membodohkan diri. Aku hadap.

Tapi, aku tak mampu untuk mengelak. Aku tak mungkin nak tunjuk lagak. Aku pasti akan teragak-agak untuk bercakap.

Ia berlaku berkali - kali. Tiap kali itu la, aku pendamkan hati. Bagi aku itu masalah kecil yang boleh tolak tepi. Belainan bagi mak aku, aku bodoh sebab membenarkan ia berlaku berulang kali. Sebab aku pekakkan telinga membutakan mata sampai tuli. Mak aku tambah lagi, ini semua sebab aku buat tak peduli. Memang padan la muka anak aku yang sorang ni.

Selepas kata-kata mak aku tu. Aku mula, tanamkan azam, teguhkan tekad, tetap niat agar semua ini tak akan berlaku lagi nanti. Kalau tidak, aku akan bodoh untuk yang seberapa kali lagi.

Thank mummy, for the great advice! I will keep it as weapon to face the truth world.



Nota buku lali : My mummy tak ada tiga hari nanti. Aku duduk rumah sebatang kare la. Yok, teman aku. Kita main PS.




1 comment:

h.a.n said...

mak saya sayang saya
dan mak kamu sayang kamu