Monday, November 30, 2009

Sejak

Cup2! Ini bukan sejak aku sudah membesar atau sudah tumbuh pimple yang banyak sejak beberapa tahun yang lalu, ya. Ini sejak aku memegang kad berwarna merah muda, bergambar aku dan tertera huruf P di sisi kiri kad tersebut.

Sejak aku memegang kad tersebut. Aku mula membeci beberapa perkara. Antaranya ialah :
1. Longkang ~ Serius! Aku trauma dengan longkang bagai ni. Pedih kalau di ingat. Perit kalau di sebut. Aku da memang tak boleh tengok longkang ni. Macam nak masuk kat dalam je. Gayat! Masih terngiang-ngiang semasa kejadian itu berlaku. Longkang dekat kaki lima rumah pun aku da tak mampu nak tengok.

2. Motosikal ~ Aku memang kecut betul dengan si pemecut ni. Tiba-tiba je da ada dekat sebelah. Dia orang menunggang macam nyawa diaorang nih ade 9. Kalau ade sembilan pun. Kalau hari-hari buat macam nih. Boleh abes tau. Peh, ingat la ibu bapa dan sanak saudara, bang oiii. Masih segar di ingatan suatu ketika dahulu dalam hujan yang lebat ada sebuah motosikal tertonggeng dOk belakang aku. Jalan licin. Kau bukan lori balak. Serbe salah nak tolong. Aku harap, hari itu dia mampu nak tolong diri dia sendiri. Aku tak mampu. Tapi, nasib baik aku nampak kau masih bernyawa. Terima kasih Tuhan kerana menolong dia.

3. Hujan ~ Sebelum-sebelum ni aku amat minat dengan hujan. Serius! ku minat hujan. Tapi, aku tak pasti la yang hujan tu minat aku ke takkan. Bila setiap kali hujan je, pasti aku akan luangkan masa untuk duduk di tepi tingkap dan merenung masa depan. Teringat dekat kekasih. Sekarang bukan tak suka. Tapi, kurang selesa. Membuatkan pemanduan aku jadi lbih sukar. Aku jadi takut nak memijak pedal brek. Situasi genting pernah aku alami masa hujan dan jalan licin. Aku yang sengal brek secara mengejut, dan kereta aku bagai hilang kawalan. Nasib baik tak ada kenderaan lain. Kalau tak~ Lu fikir la sendiri~

4. Apa jua jenis lori ~ Aku pemandu kepada kereta kecil sahaja. Bukan Alphard atau lori balak. Bila gergasi ini berada di belakang aku. Aku rasa mereka seperti mengejar-ngejar punggung kenderaan aku. Memotong, yang mereka rasa, mereka adalah Merz atau BMW. Mahu gegar susuk tubuh kereta aku. Cis, buat aku berpeluh. Lagi satu yang aku tak suke dengan lori nih. Dia punya asap. Mak mak aiiiii~ Macam ade kebakaran kilang dekat jalan. Gelap pemandangan. Tahu tak, pihak Jabatan Alam Sekitar marah.

5. Lobang ~ Aku benci dengan lobang. Sebab, aku rabun untuk detect lobang dekat jalan. Aku akan langgar je. Itu penyebab Rim kereta aku kemek. Dan member-member aku pasti akan jerit kalau ade lobang dekat depan tu. Bising la korang nih! Bila lagi nak rase kehebatan pemanduan aku. Jadi, Jabatan Kerja Raya sila la buka mata anda bahawa jalan di Malaysia ini masih banyak lagi yang seperti di bulan, ya. Bahaya untuk pemandu rabun ayam seperti saya.

6. Pantang ~ Naik kereta dengan aku boleh tak jangan buang sampah ke luar tingkap. Aku Pencinta Alam. Tak suka tengok sampah bersepah-sepah dekat jalan. Nanti bumi semakin tenat. Lapisan ozon semakin menipis. Siapa yang sakit? Kita sebagai penghuni bumi ini juga yang merana. Merokok di larang sama sekali. Terkejut kan aku? Lagi la jangan. Aku nih ada masalah jantung. Korang jangan tak tahu. Ada karang yang kena sepak. Ha! Lagi satu jangan gaduh dalam kereta aku. hilang focus memandu. Silap-silap nanti aku memandu terus ke kubur. Biar korang ingat mati. Masa tu baru nak bermaafan.

7. Sekolah memandu ~ Banyak-banyak sekolah yang aku tak nak repeat adalah sekolah memandu. Aku tak suka! Tak ada kawan. Tak ada cikgu yang baik. Tak ada kantin yang masak nasi ayam yang sedap. Tak ada macam-macam yang aku nak. Semua garang-garang. Aku tak suka keadaan tu. Asyik nak marah je. Menopos agaknya. Aku yang jadi migran. Saja buat aku tak lulus. Cup2! JPJ aku buat sekali je. Sebab Tuan JPJ sangat baik hati dengan aku. Hansome ke tak. Aku tak sempat nak ngintai. Aku gigil masa tu. Tak sempat nak main kenyit-kenyit mata dengan Tuan JPJ. Paling aku tak suka, dekat akak yang buat ujian undang-undang. Peh, punya garang mengalahkan Mak Dara. Mungkin salah aku masa tu, pergi ambek ujian masa dia ada krisis dengan pakwe dia. Tapi, itu memang tugas dia kena layan aku dengan baik. What ever la. Asal aku lulus. Tapi sumpah. aku tak nak jumpa dia lagi. Nanti aku marah dia lagi sambil mengeluarkan air mata.

Itu je kot buat masa nih. Yang lain aku masih suka lagi. Tak semua aku benci. Mungkin yang aku benci akan buat aku sayang suatu hari nanti. Kata orang tua masa aku muda dulu BENCI tu benar-benar cinta. Ish, aku takut dengan kata-kata tu. Takut tersedut ludah sendiri nanti.

Nota buku lali : Aku penjahat jalanan. Mempunyai kereta yang liar yang harus di tambat. Aku akan cuba menjaga nyawa yang aku bawa setiap hari termasuk nyawa aku. Aku gerun mendengar cerita excident di TV mahupun oleh mak cik - mak cik potong bawang. Aku tak nak jadi mangsa seterusnya. Aku mahu bertaubat secepat mungkin. Tolong sedarkan aku, wahai Tuhan.

No comments: