Saturday, November 28, 2009

Silap

Sekarang semasa aku menulis entry ini aku sebaya dengan Si Perempuan 3 tahun yang lalu. Ya, dia pernah mengalami, merentas dan mengharungi saat getir di usia ini.

Apa yang kau orang rasa bila sudah mencecah 18 tahun ni?
1. Boleh menonton wayang untuk 18sx?
2. Boleh melakukan sebarang urusan sendirian tanpa campur tangan ibu bapa?
3. Boleh bernikah?
4. Boleh mengambil lesen memandu?
5. Boleh masuk kelab malam atau pub?
6. Boleh bekerja?
7. Boleh masuk universiti?
8. Boleh mohon jadi suri rumah tangga sepenuhnya di Lombok?
9. Boleh menjadi seorang ibu/ ayah?
10. Boleh jadi apa-apa sahaja yang kita mahu?

Mungkin ini sebahagian takrif atau pengertian apabila kita sudah berada benar-benar di usia ini. Sekarang, aku rasa lebih senang berada di usia aku sekarang. Orang di sekeliling aku melayan aku dengan penuh rasional. Mungkin mereka menganggap aku sudah cukup dewasa. Ya, mature! Atas sebab pertumbuhan pimple di muka. Pemanjangan sebarang bulu di tubuh badan. Bijak membuat keputusan. Akil baligh.

Tetapi berbeza untuk Si Perempuan. Ketika usia yang mereka kata peralihan hormone mahupun dunia ini, betul-betul merubah hidup dia untuk sepanjang hayat. Bohong kalau ada yang mengatakan di usia ini yang masih belum ada perasaan untuk bercinta! Itu lumrah kehidupan. Tuhan menciptakan perasaan untuk kita berkasih sayang. Di mana letaknya perasaan itu? Di hati? Mana tunjukkan?

Cerita bermula ketika Si Perempuan menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) yang entah di mana. Aku kurang pasti. Tak sempat nak upah detective untuk selidik. Bagaimana cinta bermula? Itu juga aku tak pasti. Bagaimana lamaran yang di lakukan oleh Si Lelaki? Lagi la aku tidak mahu masuk campur. Tetapi, jika kita telah katakan itu cinta, ianya tetap cinta. Cinta yang bagaimana? Itu susah untuk aku jawap. Aku bukan doktor cinta.

Dari mata turun ke hati. Dari hati terus ke tangan. Dari tangan terus ke kaki. Dari kaki mereka teruskan lagi perjalanan ke bilik gelap entah berkatil entah tidak. Keseronokan. Keghairahan. Keindahan. Ini semua punca cinta yang telah membekukan otak Si Perempuan dan Si Lelaki untuk berfikiran secara rasional. Buta? Entah, aku rasa mereka bermata.

Mereka silap. Kerana cinta mereka menggadaikan "virginity" masing-masing. Mereka silap kepada ibu bapa mereka. Mereka silap kepada agama. Mereka silap kepada masyarakat. Mereka silap kepada negara. Ya, tiada siapa yang mengatakan yang mereka sedang melakukan sesuatu yang betul, benar dan perlu di lakukan.

Cerita perlu dipanjangkan lagi. Apa yang kita usahakan itulah yang kita peroleh. Tumbuh seketul daging yang bernyawa yang semakin mengucar-kacirkan keadaan. Inilah rezeki daripada Tuhan. Atas cinta yang mereka inginkan. Hari demi hari, bulan demi bulan. Masa tetap di teruskan tanpa berhenti sediktik pun. Apa yang tumbuh semakin membesar dan menyegar. Otak berlegar untuk menutup nasib atau ketentuan.

Naluri ibu sukar untuk di sangkal. Anak dan ibu pernah bersatu dulu. Jangan tipu. Ibu punya keajaiban itu. Dunia kelihatan suram. Mendung. Jerebu. Ribut. Taufan. Pedih hati ibu. Hendak di tampar. Ianya sudah berlaku. Hendak di bunuh itu darah daging ibu. Hendak di simpan di jeriji besi ibu rasa sangat simpati.

Semua silap mereka. Adakah kita sebagai masyarakat perlu menghukum mereka, Si Perempuan dan Si Lelaki? Itu silap kita. Silap besar.

Cerita ini tidak perlu di akhiri dengan Si Perempuan di sumpah menjadi batu. Manakala Si Lelaki mati di langgar lori. Tidak perlu semua cerita sadis untuk menghukum mereka kononnya setimpal dengan dosa yang telah mereka lakukan di masa jahiliah mereka yang lalu.

Pemikiran rasional penting untuk menyelamatkan keadaan. Mereka yang hanyut perlu di tarik kembali ke darat. Mereka yang sudah melayang ke langit. Harus di sabut dari bumi.Ibu Bapa Si Perempuan sedaya upaya menyelamatkan keadaan. Menikahkan mereka secara sah. Berwali. Pencarian pekerjaan yang stabil untuk Si Lelaki. Tempatkan mereka di tempat yang sepatutnya. Ini semua bukan untuk menghalalkan apa yang haram. Tetapi mengelakkan yang haram terus dihalalkan.

Panjat syukur kepada Illahi. Si Lelaki kini seorang Tentera Udara. Walaupun tidak berpangkat besar. Tetapi terjamin juga hidup Si Perempuan dan keluarga kelak. Si Perempuan, bekerja setaraf dengan pendidikan yang ada. Daging kecil yang bernyawa tadi kini sudah mencecah 2 tahun. Comel.

Ini mungkin percaturan hidup mereka. Andai kata, orang tua, masyarakat, bangsa dan agama munghukum mereka tanpa memberi peluang hidup kali kedua. Aku pasti mereka tiada tempat di dunia.

Jangan kerana silap mereka. Kita turut di persalahkan kerana tidak mampu untuk mengawal keadaan. Ini kehidupan. Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan lagi. Keadaan sudah kembali seperti biasa. Dia manusia, kita manusia, kamu manusia pasti ada silapnya.

Ini pengorbanan yang amat besar. Keluarga, ibu bapa dan anak.

Salam Aidiladha untuk semua.

Nota buku lali : Terima kasih kepada mak cik - mak cik yang sanggup berkongsi cerita dengan aku. Walaupun aku tidak mengenali rapat dengan Si Perempuan lagikan Si Lelaki. Aku pasti mereka sedang bahagia sekarang. Maaf, entry kali ini bagaikan untuk 18sx sahaja. Tetapi yang below 18 kalau sudah mampu untuk berfikiran secara rasional. Tidak apa.

No comments: