Thursday, July 19, 2012

POSITIVENEGATIVE

Current activity : Lagi nonton sinetron



Aku pernah katakan bahawa hidup ini semudah yang aku fikirkan. Mungkin itu cuma sebahagian daripada cubaan dan dugaan kepada aku. 

Bila aku fikir kembali apa yang telah aku jalani sepanjang kehidupan ini, aku rasa  tidak mampu untuk meneruskannya. Tipu kalau aku katakan tidak ada perasaan kecewa, kesal dan putus asa. Tapi, apa yang aku mampu katakan, secelaka mana kehidupan ini, ia tetap kehidupan yang harus aku, kau dan dia perlu teruskan. 

Jika air mata ini sering bertakung di bibir mata, jika sering ada batu besar tersekat dikerongkong. Itulah yang membuatkan aku manusia lebih kuat daripada sebelumnya. Lebih tabah daripada semalam. Lagi rasional daripada masa silam, insyaallah. 

Pastinya, setiap satu dugaan dan cubaan yang Allah berikan ini ada sebab dan hikmahnya yang kita tidak tahu penghujung ceritanya yang telah disusun oleh Pencipta kita. 

Siapalah kita untuk menidakkan Kekuasan Allah yang Maha Esa. 

Selagi aku masih di panggil manusia, aku mahu jaga hubungan aku sesama manusia. Menjaga hubungan dengan Tuhan. Hubungan aku dengan orang tua aku. 

Bila aku fikirkan yang aku mempunyai banyak dosa yang tidak terampun daripada Tuhan dan manusia, aku rasa mati. Mati akal. Mati jiwa. Mati rasa. 

Aku hanya mampu untuk inject-kan kata-kata positif dan mencari manusia positif agar aku juga mampu positif. Malas aku nak fikir benda-benda negative, takut-takut aku jadi manusia negative nanti semua benda yang aku lakukan jadi benda negative. 

Redha aku, sebab aku mahu redha orang tua aku dan Tuhan. Moga ada imbalan bahagia.

Ikhlas aku, moga ada rezeki lebih untuk anak-anak dan keluarga aku nanti.

Jujur aku. harap tiada yang cuba berdusta untuk mengecewakan aku. 

Pehhh... Ini benar-benar hidup sebenar. 


Nota ibu jari kaki : Jadikan kesukaran ini sebuah keindahan. 


2 comments:

S.H. said...

kene kuat ok.. you are always hv me. =)

Miss FarraAqua said...

Thankz, awak~