Tuesday, May 8, 2012

Kami Masih OK!

Current activity : Meneguk sirap limau. Rutin biasa.


Saki baki hujan pagi menemani langkah aku. Langkah berat, otak padat dengan pelbagai andaian dan cacian untuk diri sendiri. Sumpah, sampai sekarang. Aku masih tidak mampu memaafkan diri aku dengan segala situasi cemas yang berlaku. 


Aku merasakan seperti ada butir-butir kasar yang mengalir di kerongkong. Perit untuk aku telan. Tersekat. 


Namun bila aku imbas kembali, bila saat aku dapat melihat susuk tubuhnya yang masih lagi bernyawa dan masih mampu berkata-kata seperti biasa sudah cukup melegakan hati.


Mata tak mampu bersatu. Masing-masing cuba menyembunyikan perasaan. Cuba bermainan dengan tingkah laku biar nampak biasa. Biasa nampak macam tiada apa-apa. 


Syukur. Syukur. Syukur. 


Itu sahajalah kata-kata yang mampu aku ungkapkan dalam hati bila melihatkan kodisinya yang baik walaupun menerima sedikit kecederaan di bahu dan bahagian mata. Tak apa, sekurang-kurangnya dia masih bernyawa. Itu sahaja yang aku fikirkan dan aku harapkan. Ini peluang kedua.


*******************************

"Terima kasih kerana awak masih HIDUP GAGAH untuk saya dan masa depan awk. Inilah hadiah yang terindah "

Ini sahaja butir ayat yang mampu aku tuliskan di kad ulang tahun kami. 

Get well soon, dear. 

Awak suka gambar nih kan? ^_^

Nota ibu jari kaki : Tuhan masih menguji kami. Sebab Tuhan sayang kami. Insyaallah.



No comments: