Tuesday, September 20, 2011

Week 2

Current activity : Telan Panadol.





Pejam celik, dah masuk minggu kedua sesi pembelajaran aku di Gedung besar ini. Besar memang besar. Kaki dah lenguh-lenguh nih. Badan dah sakit-sakit. Kepala dah pening-pening. Akibat ada azam yang tinggi dalam diri aku terus melangkah menuju ke fakulti yang sedang-sedang jauh tu. Hari-hari ulang-alik ke kolej-fakulti entah berapa kali. Tapi tengok-tengok tak kurus pun aku nih. Bertambah gemuk adalah. Mungkin mucle yang baru-baru nak belajar tumbuh kot. Peh, nanti kaki aku dah macam kaki pelari pecut negara la nih. Mantap!


Assignment dah ready beratur panjang. Jadual harian dah jadi pack. Buku dekat library kena rebut dan sorok-sorokan. Kalau tak memang tak siaplah assignment tu. Student 1st year macam kitaorang nih tak boleh pinjam buku. (Tak tahu ke, kitaorang nih tengah semangat nak study.) Duit pun alhamdulillah semakin susut. Jalan penyelesaian, Maggie jadi santapan dinner setiap hari bila masa kocek terasa kosong. Serius aku rasa jadi student Uni yang perlu tahu 'manage' duit dan masa se-bijak-bijak-nya.


Masa kelas memang mengantuk tahap 'gaban' la. Tangan menulis tapi aku dah mimpi benda lain. Dasyat dan buruk betul perangai aku. Hari nih aku buat experiment. Paksa diri untuk minum nescafe sampai habis. Hypothesis daripada experiment ini adalah "Semakin pekat Nes, semakin tak mengantuklah si peminum". Try la. (Jangan try selalu, nanti boleh "gila".'


Aku harap semangat nak terus belajar nih dapat di tingkatkan sampai aku habis study nanti. Kadang-kadang penyakit pemalas tu ada juga. Heheeee.. Normal.


Nih aku nak share gambar masa Minggu Transformasi Mahasiswa hari tu.








Nota ibu jari kaki : Tangan aku banyak lagi mahu bercakap tentang hidup sebenar di sini. Nanti.

2 comments:

Squiqa said...

Goodluck Fara :)

Nesha Zin said...

awak..experiment awak memg best tp td kte minum mcm pening2 langau dlm kelas....ngantuk gak..tp dek kerana belajar math td jd segar lah...