Monday, September 26, 2011

Aku Kawin Muda

Current activity : Searching for a several information for my 1st Project.

"Tidakkah pelik jika ada pasangan yang hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selamanya?".

Bercinta Sampai Syurga. Mampukah kita?

Aku mula minat membaca dan mencari apa juga bahan atau artikel tentang cinta. Aku curious ingin tahu apa itu CINTA. Aku perlu tahu, sebab aku perlu.

Beberapa minggu yang lalu, aku sempat membelek-belek satu persatu buku yang tersusun rapi di atas meja sebuah Pustaka Buku. Aku mula tertarik dengan senaskah buku yang berwarna hijau epal yang bertajuk "Bercinta Sampai Syurga" by Hasrizal Abdul Jamil.

"Mungkin ini langkah pertama".

Aku kaji satu persatu kandungan yang terdapat di dalam buku sederhana besar itu. "Kawin Semasa Belajar". Aku terus mencari muka surat 54. Aku baca satu persatu. Bagi faham. Bagi ingat. Kalau boleh amal.

Setiap bait kata yang di tuliskan benar-benar terkesan. Apa taknya, aku dulu pun pernah terfikir mahu berkahwin semasa berlajar. Bagi aku, itu cara termudah untuk mengelakkan kita daripada melakukan sebarang Maksiat atau Zina. Dosa besar.

Kata Ustaz Cinta " Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti".

Erm.. Mungkin juga.

Tetapi aku lebih setuju dengan pendapat ini.

Kita di awal umur 20-an ini adalah masa untuk kita mengembara. Mencari, mengejar dan mengutip seberapa banyak pengalaman (experiance) dalam hidup. Masa inilah kita perlu isi dengan mengembara, melihat dunia di luar kotak sempit hidup kita.

Cuba kita tanya " Jika aku berkahwin sekarang, adakah aku mampu melakukan semua ini?"

Kata Ustaz Cinta lagi " Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran..."

Ini bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Bagi aku, bagi mereka yang benar-benar bersedia untuk berkahwin awal, silakan. As long, korang mampu mengggalas segala tanggungjawab selepas akad nikah itu sah, its ok. Korang tentu-tentu sudah terlepas daripada dosa yang sengaja atau tidak sengaja yang biasanya dilakukan oleh pasangan muda sekarang.

Tapi ingat, batasan tetap kena jaga. (Aku ingatkan diri aku sendiri tentang hal ini berulang-ulang kali).


Belum pasti lagi, Dia insan yang bakal bergelar suami kita pada suatu hari nanti. Sebab kita tak terdaya untuk ke Arash Allah untuk melihat siapa jodoh kita yang sudah tertulis disana. Tetapi, kita masih mampu lagi berusaha untuk ke arah itu pada ketika bahagia bersama selamanya. Insyaallah.

Nota ibu jari kaki : My Mr Aji-Nomo-To selalu cakap, "Sejak dah jadi ahli surau nih, nak ajak bergurau pun tak boleh".

Fakta : Aku selalu skip aktiviti surau, cos banyak assignment. Tapi, kalau ada masa terluang, mesti aku pergi. Insyaallah.

2 comments:

Cik Nesha said...

your blog title give me a bit of shock,,my heart start pumping as fast as Mat Kepoh driving his car to Benafe Restaurant..haha, i dont comment anything because your entry was nice..

Miss FarraAqua said...

heheehehe...
thank you~