Friday, August 12, 2011

Mencari Iman yang Pergi

Current activity : Seaching several imformation.

Aku sememangnya manusia biasa. Tiada lebih. Tetapi memang banyak kurang nyer. Tiada langsung baiknya pada aku ini. Mungkin ia, aku memang benar - benar berubah. Berubah daripada yang positive kepada yang negative. Masyaallah. Jahil-nya aku sebagai manusia.

Aku admit, aku pernah hilang punca. " I'm lose my grib". Hidup itu serupa neraka. Aku cari syurganya. Tetapi sememangnya Syaitan durjana pemenangnya.

Apabila aku mengenang setiap detik dosa aku lakukan. Aku rasakan serupa aku Manusia Bodoh hilang otak untuk berfikir. Aku sememangnya pelik mana perginya kata rasional dalam diri aku. Itu memang bodoh.

Aku pernah kata, aku akan buat apa sahaja untuk lari daripada dosa ini. Walau disangka kecil. Tapi amat besar dan berat untuk aku tanggung. Ini aku. Mudah cepat ingat. Mudah juga cepat lupa.

Manusia...

Bila aku duduk senang. Fikir benda baik dan inject unsur baik tersebut dalam otak dan dalam hati. Aku kata, "Tuhan ada Farhana, Tuhan dengar doa kau. Tuhan sentiasa disamping kau. Tuhan Maha Pengampun". Hati aku jadi lega. Jadi senang. Tuhan memang sayang hamba-Nya.

Bukankah, semakin banyak dugaan, semakin amal dekat dengan kita?

Insyaallah.

Aku mula tingkatkan ilmu akhirat. Rupanya banyak lagi yang aku tak tahu. Makin aku baca. Makin banyak yang aku tak tahu. Makin aku takut pada mati. Makin takut pada azab neraka yang pedih perit tak terperi.

Kita mungkin tidak sangka, setiap langkah kita mungkin dosa. Setiap kata kita adalah dosa. Setiap perbuatan kita juga dosa. Semua dosa.

Tapi, aku tahu. Untuk hilangkan perasaan ini. Dekatkanlah diri padi Pencipta. Minta pada-Nya sungguh-sungguh. Aku berharap dosa lampau di hapuskan Tuhan. Aku memang mohon sungguh-sungguh.

Tingkatkanlah ibadah.
Banyakkan berdoa.
Basahkan lidah dengan ayat al-quran.
Alunkan zikir.

Indah Islam ini kerana kita yang cuba untuk merasainya.



Nota ibu jari kaki : Cinta ibarat ombak memukul pantai. Bagaimana kuat datangnya begitu pula kuat perginya - U.S Danny.

No comments: