Thursday, March 17, 2011

Patahlah Hati Bukan Jatuh Hati

Current activity : Ber-ooVoo dengan Budak Gundul dan Budak Muka Petak.

Aku menongkat dagu. Tunggu punya tunggu. Air Kopi O' 2 jugs pun dah mula sejuk. Aku cover jer mata yang mengantuk nih. Takut contact lens hilang sebenarnya. (Contact lens ehsan daripada Mak). Angin sesopan bahasa, dengan sahutan sayup-sayup dentingan bunyi angklung di seluruh ruang tempat makan. Buat mata aku tertutup terbuka sekejap-sekejap. Ini lagi 1 hal. Lagu yang di buka macam bantal dan tilam untuk aku. (Pure Keroncong) Peh.. Hebat rasa nih!

Ahhhh... Aku mengambil keputusan untuk mengambil beg oren di dalam kereta yang dibeli ketika PC Fair tempoh hari. Senarai Menu belum siap. Lappy black and white uzur nih asyik stuck. Cakap jer la nak mintak tukar baru. Kan senang~

Aku mula dengar bunyi bising di luar lingkungan tempat aku ber-exercise jari. Bos panggil angkat air. Aku dah memang agak itu yang akan dia suruh.

Aku keluar dengan melimparkan senyuman semanis mungkin. Manis yang amat manis. Walaupun aku dah berjanggut menunggu mereka. Satu ke satu cawan aku letakkan baik-baik di atas meja. Tanpa memandang jasad yang duduk di meja. Aku fokus akan kerja di Word. Kaki aku terus ke meja di mana letaknya kerja yang aku tinggalkan tadi.


2 minit.. 3minit.. 5minit.. 10minit..

Macam best jer cerita diaorang. Lebih baik aku buat lintas hormat dekat depan tu. Mana tahu boleh tolong-tolong suapkan pisang.

Jap jap... Aku macam kenal gila dengan mamat Baju Hijau, Topi Hijau nih. Aku salah orang ker? Tak pun Contact lens aku dah tercabut nih? Cari cari cari..

Asal jantung berdegup lebih pantas?

Sah, memang sah. Itu FIZO OMAR!

Tak kenal? Tak pe lah..

Tapi aku sangat kenal susuk tubuh menawan itu.


zoom lagi please!!!!




zoom zoom zoom lagi boleh? Tak nampak la!!!!




Nampak Tak? Kalau Tak nampak pergi la tanam diri sendiri
(Gambar ehsan daripada tangan sasa ayah)


Ayah dengan mak tak kenal pun Fizo sebenarnya. So, aku syok sendiri. Hari tu masa Aidil AF 3 datang karaoke sakan dekat ruang makan tu. Sibuk diaorang ber-posing. Siap tolak - tolak aku suruh ambek gambar sebelah Aidil. Tapi nasib baik aku sempat lari. Nih, aku diri penuh harapan tak ambil pulak. Tak pernah ada perasaan macam nih tau! Patah Hati. Tapi, masih berpuas hati. Dapat bertentang mata dengan dia. (Menggigil giler kot masa pass life jacket dekat Fizo tadi).


Perhatian : Jangan lupa tonton 3 hari 2 malam di TV9. Di hostkan oleh Fizo Omar dan Karl Shafek. Setiap hari yang aku sendiri tak tahu. Pukul berapa jangan tanya. Aku baru nak follow. ^_^.

Coming soon : Saksikan Jelajah Sungai Johor (tak sure betul ke tak tajuk dokumentari nih) di RTM yang akan disiarkan tidak lama lagi. Yang di hostkan oleh Aidil AF 3 . Mengisarkan sejarah yang terdapat di sepanjang Sg Johor, Kota Tinggi.



Nota ibu jari kaki : Karl Shafek sweet in person.

4 comments:

Nesha Zin said...

3 hari , 2 malam setiap hari isnin pukul 9.30 malam...
meh,pakat ramai2 tengok..mata jangan kebil2 wak t fizo hilang dr pandangan...

Miss FarraAqua said...

hahahaha... bagos awak tahu! kte mmg tak tahu. tahu 6progresif jer. thankz for the information.

fizo hilang tak pe jgn mr.24 hilang.


^_^

Nesha Zin said...

eleh,,saje lah tu nak bakar2 kte yg x dpt tgk 6pro...huh3!!
fuiyoo,,awak suka ketat2 memg kt mr.24 tu??

Miss FarraAqua said...

erm... bukan setakat ketat2..
tapi rapat2 dan dekat dalam hati.

^_^