Friday, December 31, 2010

Recap 2010 PART II : Ini Kenangan Gula-gula Aku

Current activity : Melayan buah hati main PSP. Patapatapon!

Aku akan menaip dengan pantas seperti sistem pengankutan LRT.
Curahkan segala benda yang ada di kepala hotak dengan segera. Sebelum jam besar di daerah bersejarah nih menjerit lantang sebanyak 12 kali. Yok, kita buat quick recap.

Berada di kelas yang mempunyai ragam yang berbeza buat keadaan dan suasana bertukar-tukar setiap hari. Sahabat - sahabat yang betul-betul memahami dan prithin. Pelbagai idea-idea baru yang terhasil bagi mewarnai lagi atmosphera kelas yang kecil kurang penghuni itu. Ganti nama "wa" dan "lu" da berjadi perkara biasa.Bahasa'M' di cetuskan bagi bercerita perkara sensitif antara satu sama lain. Hilai tawa menggamatkan keheninganbilik darjah biru itu. Kini buat aku rindu untuk duduk dan menulis lagi di atas meja bermotif Lembu kegemaran aku.

Bercampur dengan Hero Gadis-gadis memang boleh membuatkan semua tergelak besar dengar ayat-ayat manis mereka. Perh.. Mulut mereka, hebat! Gurauan mereka buat igauan ngeri untuk semua gadis-gadis. Bagi ketua Herao Gadis-gadis Fiq, memang super buaya tembaga. Sorry, Fiq!

Kem Jati Diri Tingkatan 6 yang sangat seronok! Macam-macam input kami dapat. Macam-macam keinsafan yang kami perolehi (tapi kejap jer). Macam-macam pengalaman kami kutip. Dapat peluk kambing. Environment yang sangat! Kenangan ini akan tertulis di dalam catatan sejarah.Seronok sangat!

Hari Graduasi yang amat meriah. Memberi impakbesar kepada kami semua untuk terus-menerus berusaha untu memastikan diri sendiri dapat naik di atas pentas bagi menerima sekurang-kurangnya segulung ijazah. Majlis yang di susun rapi membuatkan kami benar-benar merasa suasana konvokesyen sebenar di university. Terima kasih, cikgu!

Jamuan Akhir Tahun yang di sambut meriah yang bertempat di Hotel Berhantu Myres cukup hebat. Walaupun disambut sederhana, tetapi kemeriahan cuba di hasilkan sendiri oleh semua tetamu dan students. Walaupun makanannya biasa-biasa. Mengisian sederhana. Tapi, tetap terpahat dalam memori sampai kini.


Percutian ke Pulau Tioman dan Lawatan ke Batam sungguh menarik. Di Tioman dapat berenang dan bermandi-manda dengan Nemo dan Dolly. Khazanah alam masih terpelihara. Malah Percutian di Batam tidak kurang menyeronokkan walaupun percutian yang singkat dan simple. Dan berkunjung ke Singapore Zoo buat kita orang alu dengan kebersihan Kota Singa tu.

Yang lain pun seronok jugak. Geng Alphat Biru. Gossip bersama Lau dalam kereta. Roomate bilik pink. Lagu Rela kita orang, macam-macam la! Sampai da tak ingat. Hilang ingatan terus kot!





Nota ibu jari kaki : Amakumu pasmastimi rinmindumu demekatmat sememumuama kemenamanganman nihmih.




2 comments:

Azuan said...

zaman sek. terbaik..hihi

Miss FarraAqua said...

harus la...
esOk bersemangat nak pergi sekolah!