Thursday, December 30, 2010

Recap 2010 PART I : Aduh, Duka!

Current activity : Melayan buah hati

Aku nak simpan dulu cerita-cerita gumbira kasi yang sedih meleleh dulu. 365 hari yang ada sudah sampai ke penghujungnya. Aku decide untuk recap balik the worst things happen in this year.

Bermula Januari hidup da start kucar-kacir dengan tugas sebagai "Ketua Geng Mafia 6 Atas 3". Ke hulu ke hilir. Turun naik bangunan. Giler. Worst come too worst, bila "Cikgu Kegemaran" ramai marah-marah dekat perhimpunan pasal Ketua-ketua geng mafia nih tak jalankan tugas and she point on me. Itu sakit. Aaaahh.. Dia tak tahu apa sebenarnya terjadi sebelum nak point dekat mana-mana student. Aku buat tindakan segera dan dapat sokongan Form Teacher aku. Selesai.

Assignment Frontpage (computing) aku di reject mentah-mentah. Aku lari naik kelas. Duduk bawah meja nangis puas-puas. Cikgu suruh anak murid rajin dan ada originallity dalam setiap task yang di berikan. Itu payah. Tapi, aku cari balik semangat dan come out with new assignment. Selesai!

Hari Merentas Desa buat aku give up. Cikgu asyik ulang-ulang kesalahan aku dan Fiq (Ahli Jawatankua) masa handle event tu. Aku cuba positivekan diri. Ambil itu sebagai nasihat. Tapi, makin teruk bila di ulang-ulang setiap kali perhimpunan. Itu stress. Kami di pihak yang benar. Kertas kerja dah di beri seminggu sebelum event. Cikgu tak check ke ada kesalahan ke tak. Cikgu baca tak kertas kerja kami tu? Terang-terang da tulis. Cikgu tak cakap apa-apa pun pada kami. Sedangkan kami jumpa Cikgu banyak kali sebelum event berlangsung. Kalau itu masih salah kami. Kira selesai.

Kawad kaki. Ok. Bolahla. Ikut jer. Suka hati la. Memang da selasai pun.

Di pertengahan tahun. Da start kelas petang, pressure makin meningkat , kerja makin banyak, result turun naik. Errrrkk. Itu letih.Tapi, ini juga sudah selesai.

Become "The Famous Five" sangat menekankan. Ini sengsara. Kejadian di bilik Kolokium buat sikap kami sangat berbeza selepas itu. Senyap seribu bahasa. Diam malas nak melayan. Tunduk malas nak ambil bahagian. Kalau ini masih di salah ertikan, kami ok jer. Benda da lepas, selesai.

Kes kehilangan barang berharga milik sekolah buat semua atau seluruh jasad yang memiliki title pelajar Tingkatan 6 Atas suram. Ini tegang. Kami macam tahanan perang. Hidup, serius memang tak tenteram! Siapa mahluk Tuhan yang bertuah buat hal nih sila-sila la bertaubat. Kau sangat menyusahkan orang. Jawab la dekat akhirat. Ini belum selesai.

Kehilangan Atuk bulan puasa lalu, membuatkan seluruh keluarga Hj Kabul merasa kehilangan Atuk Perempuan. Teringat. Ini rindu. Walau apa pun hajat aku pada Atuk tercapai. Selesai.

Yang lain aku rasa, biasa-biasa jer. Tak bergitu memberi impak yang besar untuk diri aku. Kata sahabat "Relax-relax sudah". Let bygones be bygones.



Nota ibu jari kaki : Hidup tanpa liku-liku korang rasa best sangat ker. Tidak sama sekali! Inilah cabaran dan dugaan. Bezanya kita yang handle masalah tu. Yek tak?

No comments: