Thursday, October 28, 2010

This Is Not Our Last Graduation Day

Jauh dalam hati, rasa sangat sedih. Sedih, sebab aku tahu tinggal beberapa hari dan jam jer, jasad aku berada di tempat yang dah 7 tahun aku turun naik, dan pusing keliling setiap hari persekolahan.

Jatuh bangun. Nangis ketawa. Gagal berjaya. Semua aku rasa di sini. Aku pasti selepas ini tidak ada lagi peluang aku untuk dipanggil pelajar sekolah. Ini adalah penamat alam persekolahan yang cukup indah untuk di kongsi bersama anak dan cucu bila minum teh berserta pisang goreng di tepi kolam ikan.

Indah pengalaman ini walaupun pahit yang perlu ditelan. Seronok memori ini walaupun banyak duka datang bertandang. Akan ada senyum terukur di bibir bila terkanang kenangan ini walaupun ada tangisan yang mengiringi.

Hari-hari yang tersisa perlu dijalani dengan kekuatan dan kekentalan diri. Walaupun selalu rasa jatuh tergolek muka tersebam ke bumi. Tapi, masih ada yang baik hati bantu aku bangun berdiri untuk hari-hari yang masih ada yang amat memerlukan semangat itu kembali. Terima kasih mak ayah, sahabat-sahabat dan cikgu-cikgu!

Kalau aku mampu, dan jika mereka juga mampu, aku mahu kita semua pengang tangan bersama. Bawa tangan ini terus ke dalam pintu IPTA pilihan aku dan kamu. Tujuan kita sama tapi pilihan kita berbeza.


Jika kali ini kita semua berjubah merah bersama, kita perlu pastikan kita akan memakai jubah yang lebih gah dari yang ini. Mungkin untuk 3 kali lagi. Usaha.


No comments: