Tuesday, October 5, 2010

Tangisan Syaitan

Aku cuba tahan emosi. Aku cuba tahan hati. Aku akan cuba tak tangisi. Tapi hati siapa tak mati jika hidup ini jadi bergini.


Salah siapa?


Aku akan angkat kedua belah tangan dan aku akan halakan ke sepuluh-puluh jari aku kepada kau. Memang kau punca segalanya. Punca segalanya jauh dari mata tapi jauh lagi di hati.


Setiap kali hati ini pedih dan menangis. Aku pasti masa itu kau sedang bergembira dengan sajian dosa. Setiap kali aku kenang sikap durjana kau. Aku pasti kau sedang bersorak atas nama nafsu jahat kau. Tapi apa yang aku pasti, kau tak pernah senang dengan senang kau.


Setiap kali otak aku ligat berfikir perbuatan iblis kau, setiap kali itulah doa seakan zikir kecelakaan kau aku panjatkan. Niat aku baik. Agar kau kembali ke pangkal jalan.


Aku nak kau tahu apa itu erti sakit. Apa itu erti pedih. Apa itu erti seksa. Apa itu kehilangan.


Aku tak mahu yang lain, pulangkanlah dia untuk kami. Pulangkan bahagia kami. Pulangkan sinar tawa riang itu untuk kami. Ini hak aku, dia dan dia.


Maaf, setelah lama aku selongkar kata REDHA dalam diri, kata DENDAM datang bertandang. Setiap kali aku geledah kata MAAF dalam hati, kata PERGI MATI silih berganti.


Sampai mati, setiap titisan air mata aku kerana sikap kau akan aku tuntut tika ajal sudah menanti. Padang Mahshar akan jadi saksi tuntutan masa dia untuk aku yang kau rampas sesuka hati. Tak kira sama ada di pintu syurga atau di pintu neraka akan aku tuntut bahagia aku yang kau bawa lari.


Aku tetap aku. Tapi aku yakin dengan kuasa Maha Pencipta hanya-Nya akan KASI RASA kepada kau dengan apa yang kau dah usahakan kepada aku dan kami semua.


No comments: