Monday, June 7, 2010

Cuti Sekolah

Sorry, tajuk tidak bergitu dewasa dan remaja. Tapi itulah hakikat dan saat-saat yang di nanti. Cuti sekolah selepas 3 minggu berguling dengan buku. (Yek, yek jer ayat kan~).

Betul kata sahabat. Musim cuti musim orang kawin. Siapa kata musim cuti musim mengawan. Memang nak kena lempang se das, dua la tu.

Semalam 4 rumah buat kerja kawin. Macam - macam menu. Nasi minyak biasa la kan. Ada yang buat rojak Saddam Hussein, Rojak petis aka betis, Nasi ayam penyek aka leyek. Maju la sekarang. Ada inovasi. Konsepnyer semalam makan free dari pagi. Kira ok la tu. Jimat sikit duit.

Musim cuti juga musim mencari jodoh. Tapi nih untuk mereka yang sama-sama single je. Ulang suara "SAMA-SAMA SINGLE". Untuk mereka yang ingin mengcukupkan kouta isteri. Sila jauhi daripada menyertai aktiviti ini pada musim cuti. Rejim Isteri akan menembak kalian dengan penuh kekejaman tanpa belas kasihan. Di sini aku ingin high- light-kan bahawa abang-abang penanggah dan abang-abang pencuci pinggan HOT juga. Motif????

Dalam kepala hotak, tak ada aktiviti yang menyeronokkan nak di buat. Mungkin , aktiviti makan tidur kot. Itu aktiviti yang amat nenyeronokkan. Buat revision??? Huhuhuhu. Tolong, jangan tanya soalan tu buat masa nih boleh tak?! ^_^

Aku teringin sangat makan Chachos (Ejaan salah kot, lantak la ekh) sambil goyang kaki tengok Star Movie Channel menonton penuh perasaaan sambil tangan kiri mengelap titisan air mata. Konon menghayati cerita la. Tak pon makan siput sedut masak sambal sambil menonton Guillana & Bill dan Kimora Life In Fab Lane. Kepoh nak tahu cerita pasal orang, kan. Masa cuti ni la nak buat. Hahahahaha. Suka hati la. Cuti aku. (Ayat macam nak mintak lempang).

Shopping pon ok jugak. Duit tak ada? Window shopping je la. Erm.. Malas nak berjalan? Online shopping sudah. Buat-buat order, pastu tak jadi. Sakali sekala mempermainkan perasaan orang. Apa salah nya. Kah3! Sangat jahat kelakuan tu.

Tiket movie ada sale tak? Kalau ada sale boleh rentap 3-4 movie sekali. List movie wajib ditonton :
1. Shrek Forever After
2. Lagenda Anak Setan
3. The Karate Kid (belum keluar tapi)
4. Prince of Persia
5. Killer

Siapa-siapa yang nak join, sila tinggalkan mesej anda di inbox facebook aku, ya.

Bagi mereka yang nak sangat pergi karaoke, tapi rasa-rasa bingit telinga di dengar + nak save bajet korang mintak jer dengan En. Youtube. Korang karok la sepuas-puas nya. Free jer kot. Cuba la. Aku da selalu buat. Time mak aku tak ada tapi. Harok!

Apa-apa pun aktiviti korang cuti nih. Jaga diri baik-baik. Ingat Allah, Ingat mak ayah. Seronok, seronok juga, jangan lupa saudara kita di Gaza dan masih menjadi tahanan Israel. Pesanan ringkas daripada penulis. ^_^

Nah video masa cuti korang ikhlas daripada aku.



No comments: