Friday, March 12, 2010

Kaki Ayam Membawa Aku Ke Situasi Ini

Hari ini hari Jumaat. Yeah! Hari kaki ayam sedunia. Rugi kalau lepaskan perluang ke-gangsa-an ini. Kegilaan kaki ayam ini terus membawa aku ke satu tempat. Tempat sesuai untuk mengurut otak setelah sekian lama digegarkan dengan masalah yang remeh temeh dan gegaran otak yang paling teruk latihan kawad kaki yang sedang giat dijalankan. Berpeluh basah di buatnya.

Petang yang damai, sunyi, kosong, senyap. Tiba-tiba menjadi bingar bila situasi ini menerjah dalam kekosongan ruang udara petang tadi. Situasi dah macam dalam filem menelan kos jutaan ringgit. Kaki ayam sebagai pengganti pop corn. Makin lama, jalan cerita semakin berkembang. Jalan cerita disusun dengan baik. Kalau aku sebagai penal hakim Anugerah Skrin aku akan pilih cerita ini sebagai pemegang award utama.

Serius, lenggok, cara, bahasa yang mereka gunakan betul-betul buat aku menongkat dagu melihat kelagat mereka. Mula-mula dengan isu gender. Confius, mak nyah. Lelaki ke perempuan. Rambut pendek merah orange. Baju T-shirt. Seluar jean. Kasut sport. Body shape kalah anak dara. Cuma suara ada sedikit keayuan. Cerita berkembang bila "Mak Cik" membahasakan dirinya "Lu Gua" dengan seorang pak cik yang nampak uzur bersandar di tiang. Cantik posenya ketika itu.

Dengan rokok di tangan Mak Cik terus melontarkan dialog yang aku sendiri kurang jelas. Yang aku cuma dengar "Lu Gua" nyer je. Mata aku tiba-tiba membulat besar bila Pak Cik memeluk Mak Cik tadi di depan anaknya sendiri.

"Weh, asal mata aku tak berkelip nih?" aku bermonolog sendiri. Kaki ayam aku kunyah makin laju. Lagi-lagi bila tiba scene macam ini. Giler seh.. Rezeki. Makin aku zoom dekat dan rapat daripada celah-celah geriji pagar.

Tiba lagi sebuah motor yang dinaiki oleh golongan seusia mereka. Market la Mak Cik nih. Ramai lelaki mengerumuni dia. Dipakaikan Mak Cik nih helmet. Entah apa yang mereka bualkan. Nampak tegang urat leher masing-masing. Tiba-tiba helmet tadi melayang. Terkedek-kedek Pak Cik mengejar tanpa memaki. Weh, nasib baik tak persepai. Dan yang paling bernasib baik, helmet bukan brand ribuan ringgit. Standart helmet Bujang Sepah jer. Hebat. Kuat. Gagah. Mak Cik tu.

Klimat cerita ini, Mak Cik terduduk sebelah Pak Cik sambil menangis dan mengesat-ngesat air mata. Aku dah pasang niat nak pinjamkan bahu aku untuk Mak Cik, tapi rasanya Pak Cik-Pak Cik yang ada sudah cukup untuk menjadi tisu, bahu, dan sound effect untuk situasi itu.

Peleraian cerita ini, kaki ayam habis dimamah dan di digest ke dalam perut.

Kadang-kadang kita sebagai anak muda pelik melihat situasi ni. Biasanya kelakuan, gaya, emosi, ini hanya dilakukan oleh golongan seusia aku yang kurang didikan agama atau didikan daripada ibu bapa mereka. Bila situasi ini dilakukan oleh mereka yang seusia dengan ibu bapa aku. Erm... Susah nak membuat andaian.

Tapi, selagi kita tak menyelami, hati dan perasaan golongan sebegini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka. Jadi, aku tak mahu membuat sebarang andaian. Bagi korang, kenapa mereka bergini yek?



"Selalunya, ibu yang mengangis bila melihat anak-anaknya jadi manusia yang tak ada pegangan, tapi kali ini anak yang nak mengangis bila melihat ibu bapa mereka berkelakuan bergini."



Aku tinggalkan tempat itu dengan seribu tanda tanya. Mak Cik, semoga anda berbagahagia di sampingnya. Esok saya belanja Mak Cik tudung dengan baju kurung, ya.



2 comments:

i'msosupernotcool said...

walau x paham..
gua tetap suka..

gua punya andaian maksud cerita ini..
tapi biar gua simpan saja ok..

Miss FarraAqua said...

i'msosupernotcool :
kah3! klaka seh~