Saturday, January 30, 2010

Kembali Normal

Serius, aku rindu waktu dan situasi tu. Semua bertudung putih, bersongkok berlilit kain putih dan tangan berlilit kain hitam. Keseragaman.

Tapi, ada juga yang sesetengah tidak memperdulikan perintah tersebut. Mungkin itu hak individu. Entah, perlu ke kita lebalkan mereka kurang sivil? Tidak kot. Kurang kesedaran. Mejoriti yang tidak mengikut perintah mak cik - mak cik dan abang - abang yang takut jambul mahal penyek dek memakai songkok.

Kalau mengikut segi pemerhatian dan kajian daripada segi ekonomi, keluk permintaan tudung meningkat tapi penawaran tudung putih kurang. Jadi, harga tudung putih pun melambung tinggi la. Itu, fakta. Kita tak boleh ubah. Dan kita juga tak perlu la mengeluh.

Ini lah masanya kita menunjukkan kesetian kita. Sebelum nih kita tak berpeluang pun kan? Situasi ini pun kita jarang jumpa. Jadi, apa salahnya kita melaksanakan perintah walaupun kalau tak ikut tak masuk penjara. Kesedaraan itu penting.

Ada seorang jejaka tampan datang ke tempat aku sambil berbisik, "Ko tak lawa la pakai tudung putih". Dalam hati aku menjawab, kalau aku tak cantik, semua la tak cantik. Mana taknya, tudung putih, buju coklat cair, kain coklat pekat. Cantik tak cantik. Itu kemestian. Yang lain pun sama.

Rugi kalau siapa tidak ada pengalaman ini.

2 comments:

i'msosupernotcool said...

pengawas sekolah ke?

Cik Bumble bee said...

hehehehehe~ muke aku pengawas sekolah???? tak payah~ aku ketua gengster~

huhuhuhuhuhu~