Friday, January 1, 2010

Aku Lambat Menulisnya, Tapi Aku Dah Lama Berazam Untuk Ini

Kehidupan
Aku mahu lebih kuat daripada tahun sebelumnya.Air mata 'sampah' harus di buang sekeras-kerasnya. Lebih matang berfikir. Lebih rasional membuat pilihan dan keputusan. Lebih teratur. Lebih berdisiplin. Lebih ceria. Kenangan pahit tahun sudah di jadikan pedoman. Itu kehidupan. Jiwa mesti kental. Hari-hari mendatang harus di lalu dengan indah. Itu kita yang gubah.

Pelajaran
Usaha keras untuk memastikan setiap exam 3 pointer and above. Rajin. Latihan. Malas buang. Sains Kekayaan, Ilmu Alam, Pengajian Am, Computing, dan MUET itu darling aku tahun ini.

Kekeluargaan
Aku mahu bahagia itu!

Persahabatan
Aku sudah kata hari tu : kalau kita telah mengambil risiko untuk menganggap dia sebagai sahabat, kita harus tahan apa yang datang. Talk less Allah bless. Ini mungkin mujarab untuk tidak melukakan mana-mana hati sahabat. Berfikiran rasional itu perlu.

Financial
Simpan duit untuk Umrah 2011. Kalau tidak dapat tahun tersebut, untuk tahun-tahun mendatang dan kos pembelajaran nanti.

Apiq
Aku tak nak marah - marah kau lagi. Tapi, kau kena janji dengan aku, kau tak kan sakit kan hati aku, mak dengan ayah. Kalau tak, kau memang nak mintak sepak. Ini azam aku untuk jadi akak yang lebih baik. huhuhuhuhuhu. Poyo!

Aku harap azam bukan sekadar azam. Dan Azam yang ini langsung tak ber-Bin sesiapa. Usaha kuat itu perlu!

Happy New Year 2010, guys!!

Aku rasa nombor ekor first tahun nih kalau nak jadi kaya 2010 kot. Cuba la. ?????????????????

3 comments:

avid said...

haha...garangnya akak ko, apiq..

Miss FarraAqua said...

avid gunner :
kih3! harus!

aizadosman said...

wah..bagos2..gud luck makcik!!all da best for this year k!!