Monday, November 16, 2009

Revolusi atau mungkin Tranfomasi

Pesanan : Jangan ubah chanel atau URL anda. Dan jangan sesekali menghapiri butang pangkah. Ini kebenaran. Ini Kesahehan. Ini perubahan.


Mungkin ini warna suci. Ini mungkin pertanda taubat kepada Illahi. Tetapi, bagi aku ini revolusi dan transfomasi. Aku malas nak mengaku yang aku peminat warna blog yang terdahulu. Aku malas nak tengok biru, merah, kuning, ungu berkecil hati dan bergaduh sampai bermaki-maki. Jadi, jalan selamat ini yang aku cari.

Kalau aku tidak berjaya tadi. Mahu aku duduk bersila menghadap sahabat yang bijak bestari. Aku mahu yang ini! Ha! Akhirnya berjaya juga usaha yang aku lakukan dari petang tadi.

Banyak benda yang telah aku halau pergi. Gambar-gambar aku. Video aku. Lagu jiwang aku. Aaaaaahhhh… Aku malas lagi nak menghadap benda itu hari-hari. Kini aku tukarkan dengan mereka yang mampu “inspire” hidup aku. Aku kenalkan En. Katak Hijau Meninjau dan Cik Lembu Bintik Menitik sebagai sahabat aku di blog. Kau orang yang lain jangan berkecil hati atau jauh hati dengan aku. Aku tak pernah lupa kau orang. Kau orang aku simpan rapi dalam RAM hati aku secara “permanently” . Don’t worry!

Wajah manis aku (sorry, sesiapa yang loya) aku telah gantikan dengan susuk tegap Bumble bee sebagai penguat hati. Mula-mula aku jadikan bahan gurauan dalam entry-entry aku yang lepas tetapi aku rasa ia penguat semangat. Tak apa kan?

Kalau boleh kali ini aku mahu tulis secara rasional. Itu pun kalau aku mampu. Lebih santai.Tanpa mengenakan mana-mana pihak. Insyaallah. Sekali lagi kalau aku mampu.

Maafkan aku kalau-kalau entry lalu buat hati kau orang terasa di sepak, di lempang dan di terajang. Mungkin aku tulis dalam kondisi meroyan mengikut perasaan. Harap kali ini aku akan lebih berhati-hati menulis kata. Ok?

Nota kaki : Aku baca aku diam. Aku terasa aku pendam. Aku nak balas aku malas. Selagi aku mampu, aku simpan, aku pendam, aku telan.

1 comment:

sakurachan said...

ape yg boddo??
sape yg boddo??
knp prlu ditulis perkataan boddo??
be strong k ma dear..