Sunday, October 4, 2009

Mukadimah : Andai hari ini aku mengadu aku keseorangan. Ya, benar aku berseorangan. Cuma ditemani dengan luahan Rahmat dari yang Esa menjadi teman setia. Dalam kotak minda hanya ligat meminta kpd Sang Pemberi agar dikosongkan petak2 putih di
atas muka jalan. Rezeki tu, kata ibu.

Kebelakangan ni benar2 buat aku tak tenteram. Ish, perlu dibunuh perasaan ini dalam otak lagi2 dalam hati. shhhhhhhh... Andai rasa ini seperti ayam. Pasti sdh lari lintang pukang setelah dihalau ganas. Kurang menadah tangan kepada Pencipta mungkin. Tidak pun banyak dose. Mungkin juga.... ahhhhhh.. Malas la nak beri andaian lagi mengenai rasa ini.

Jadi, sebagai inisiatif menghalau, membunuh, membuang, dan menikam rasa ini. Idea yang paling afdal rasa nyer,rOda2 kOta(pekan) raya kOt. Melihat gelagat sekian hamba. Jarang dapat peluang mcm nih. Sorang lagi~ Sana sini orng walaupun musim perayaan mcm da semakin suram. Mungkin sudah mula membuat persediaan deepavali atau pun Hari Raya Haji nnt. Tidak pun, sedang menggunakan royalti raye yg diperoleh seadanya.

Disituasi yang lain, ramai yang bersantai di warung-warung dan gerai-gerai sambil menyuap rezeki Tuhan serta beulumakan asap rokok sebagai pembangkit selera juga sempat aku tinjau. Td juga sempat aku menijau(mungkin sesat kot) di satu lorong sempit yang agak asing yg dipenuhi meja da kerusi serta haruman harum yang meneroka segenap hidung ku. Mahu sahaja aku labuhkan punggung untuk mendapatkan secangkir kopi. Pasti rasanya tak sehabat Starbucks atau tak setanding kopi Mak Jah(mak cik ku) tapi ianya tetap kehidupan, kan? 18 tahun aku di pekan ini baru hari ini aku dapat meninjau jelas lorong ini. Kalian pernah?

Gelagat org2 pekan yang membuat hal mereka masing2 membuatkan aku tidak beranjak dari lingkaran garisan tempat pendirian aku. Tapi kali ini betul2 membuatkan aku memijak brek secare tiba2.
"Baik hati sungguh pak cik nih. Bagi burung makan. Bukan burung dia pun." bermonolog sendiri.

Image Pakcik tak dapat dirakam. Mungkin beliau ade urusan lain.

Inilah dunia dan kehidupan. Bukan semua hamba jahat. Ada juga yang masih bersih hatinya. Itu pasti.

Hujan tetap hujan sehinggalah sekarang ini ketika jari aku sedang berlari laju dimuka papan kekunci hitam. Sejuk buat aku malas melakukan yang lain. Beku otak dibuatnya. Tapi, masih berfikir ke situ. Sah, aku sakit. Aku amat terdesak mahukan ubat pententeram jiwa. Seperti org giler.

"Indah Hujan nih kan?" kata aku 3 tahun lalu kepada seseorang. Entah masih ingat atau tidak dia perkataan ini. Mungkin ya, mungkin tidak. Biasala, byk lg bende lain yang perlu di hafal dan diingat bukan? Tapi, kali ini aku yang teringat-ingat~


Pengakuan : aku benar2 BODOH nak fikir pasal tajuk untuk sesuatu bende. Maaf entry kali ini untitle.



No comments: