Monday, October 5, 2009

Labuhnya Tirai Keriangan

Pemberitahuan : Tajuk entry aku nih telah difikirkan sejak aku kat sekolah td. Sori cikgu, mengelamun.

" Ketupat, rendang mari nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Wajid dan dodol peninggalan nenek zaman berzaman. Asyik bersembang pak cik dan makcik hai duit lupa nak diberi"
(nyanyian seperti kanak2 kedengaran lebih hebat)

Hari ini sudah ......... Maaf, lupe dah berapa hari kita beraya. Malas betul nak mengeluarkan jari utk mengira. Rasa penat nak menggerakkan otak utk berfikir. Tah mana lari mesin kira2. Tp, mengikut firasat hati macam da lama. Tah puas ke belum hati ni sebenarnya.

Mungkin belum cukup terlambat utk aku pohon ribuan, berbillion(kata sahabat) atau pon milliayaran maaf kpd rakan2 blogger, sahabat handai, kaum keluarga, haiwan ternakan mahupun orang yang selalu mejengah dalam hati. (cewah)~ Pendek cerita, kepada sekalian hamba la. Tak ade sape2 yang terkecik hati. Mudah~
Maaf andai :
  • Terkasar dlm penulisan
  • Terguris dlm tidak kesedaran
  • Tergelak berlebihan
  • Termaki tidak disengajakan
Harap di maafkan, ya. Aku insan kerdil sering melakukan kesilapan. (agak poyo baris ini kan?)

Kini aku ingin membiarkan gambar berbicara











Ini semua gambar2 Raya Remaja Versi 2009, kata sahabat aku Nadia
Maaf setiap gambar ada imej aku.
Itu mungkin mahu "market". Kata sahabat aku yg lain.
Tapi apa yang paling penting raya kali ini mmg hebat.
Mungkin otak belum sarat.
Harus dimanfaatkan.

Ucapan : Terima kasih kpd makcik2, pakcik2, akak2, abg2, adik2, atok serta nenek yg sudi membuka pintu pabila melihat muka kami terpacul di dpn pintu. Terima kasih atas hidangan yang lazat dan enak. Terima kasih dgn bayaran pindahan (buka buku ekonomi) yg diberikan kpd kami walaupun kami da agk besar. Itu jer sbnrnya tujuan kami.. Tak baik kan.

Terima kasih dari tangan turun ke hati kpd : Nadia, Aalia, Adilla, Sufi, Aizat, Abg Aszat, Makwe, Fieza, Nesha, Angah dan tidak dilupa Zaidul. Yang aku datang raya tapi tidak tersenarai maaf, ya~ Kalian tetap di hati.

Sambungan raya melencOng bakal disambung di entry yg lain....
Tunggu~




No comments: