Monday, September 28, 2009

Penentuan & Ketentuan

Dengan berbekalkan sedikit semangat dan lega di hati saya biarkan tangan mengikut melodi sepi dan sendu di kotak muzik hati.

Saya akan sayang kamu selagi saya mampu untuk menyayangimu
Saya pasti akan merindui kamu selagi hati dan otak saya menyimpan rapi segala memori tentang kamu
Saya yakin saya akan menjaga kamu selagi kamu dihadapan ku

Saya rela kehilang kamu
Saya rela merindui keletah kamu
Saya rela mengenang kemanjaan kamu
Saya juga rela tandus kasih kamu

Jika ini percaturannya

Wahai Sang Pencinta,
Ambillah 'kamu',
Jauh daripada pandanganku,
Agar terurai segala kesakitan kamu.

Biar kami menangis sendu
Biarkan kami meratap pilu
Biarkan juga kami menyela butiran air yang mengalir laju
Kalau ini juga penentuannya

Wahai Sang Pencipta,
Tuntunlah tangan 'kamu',
Hingga lenyap bayanganya daripada penglihatanku,
Agar terhapus keperitan yang tertanggung lalu.

Akan saya biarkan,
Akan saya tinggalkan,
Akan saya kenangkan,
Akan saya simpan,
Sekukuh mampu kenangan kami, kamu, dan saya di segenap ruang kosong dalam tubuhku.


ikhsan Siti Nor Syahidah ( Comp assingment)

June 2008 - 20 Sept 2009
~Ucuk~

Permintaan : Dikata saya giler jika saya mahu kalian membacakan yassin mahupun al-fatihah kepada si mati. Tapi, saya cuma mahu kalian menghargai dan menyayangi kaum 'kamu'. Sememangnya, mereka mampu menyayangi kita kenapa tidak kita.

Nota kaki : Saya mengambil sedikit masa untuk menenagkan jiwa untuk menuliskan entry khas untuk 'kamu'.

Saya sayang kamu

No comments: