Tuesday, September 29, 2009

Hentikan Minitku

Hentikan minitku dan izinkan aku untuk menghitung rahmat pemberian Yang Maha Pemurah

Hari ini, mungkin Allah telah merancang rapi agar mata dan hati saya di buka luas untuk melihat dunia luar selain dunia saya yang sebenarnya. Bahawa kehidupan yang saya miliki hari ini teramat sekali beruntung dan sempurna dengan dilimpahi rahmat daripada Sang Pemberi. Tapi kenyataannya, saya tidak mampu untuk sentiasa menadah tangan mengucap tanda syukur kepada-Nya. Ya, saya amat egois, tidak tahu dek untung, tidak bersyukur dan yang paling penting saya tidak pernah mahu mencuba meletakkan diri saya di tempat mereka. Selama ini, saya disediakan dgn segala kelengkapan yang amat mencukupi malah berlebihan lagi. Kalian juga bukan??? Tapi, bila hari ini saya menyelami hidup golongan berbeza, saya rasa malu pada diri sendiri. Mungkin terlalu manja dengan kebendaan di depan mata dan masyarakat sekeliling yang terlalu berlumba-lumba. Mungkin. Hari ini saya tidak mampu berkata apa, cuma mampu memberikan tanda senyuman. Walhal saya sendiri kurang pasti apa yang tersirat. Sungguh kejam saya pada dunia dan mereka. Harus ada anjakkan paradikma dari dalam yang mampu merubah insan yang khilaf.

Pertanyaan : Perlukah dilemparkan sahaja, beg berjenama Channel, kasut berjenama vicci, dan baju berjenama Body glove mahupun Gucci?

Cadangan : Kalau mampu dilakukan kempen membasmi gejala ini, harus dilakukan segera.

1 comment:

biela_farel07 =) said...

ermmmm ni knaper ??? luper bersyukur ker hehe