Sunday, September 6, 2009

AGUNG atau MENGAGUNG

Perhatian : Entry ini agak panjang. Jika rasa malas nk baca silakan menonton American Idols mahupun Desperate Housewives. Sy tak paksa.

Anda perasan atau tidak sejak 2 tiga menjak ini entry sy agk lain bahasanya. Mesti ada di antara anda yg mengatakan :

"Bulan puasa, mesti lah kne ckp baik2". ada juga yg ckp,

"Alah dia da taubat tu, biakan jer. tgOk smpai bile bOleh bertahan."

Mungkin betul, mungkin salah pendapat kamu orang. Tapi seperti yg pernah sy tulis dlm entry sy sblm ini, tidak salah jika kte ingin mengeluarkan pndapat. Peduli apa dgn ckp org. Yg pasti kte puas. sy nmpk ada yang mengangguk, ada yang yang menggeleng tanda kurang setuju. Negara kitakan negara demokrasi. Buat apa Malaysia menggunakan dasar tersebut sedangkan kita sebagai rakyatnya tidak menggunakannya sebagai pegangan. Jadi, sy harap blog sy ni tidak individualistik. Komen daripada kamu semua amat diperlukan. Sy pun kurang faham kenapa sy menggunakan bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia sebagai pengantara entry sy kali ni. Buang terbiat agaknyer si Farhana bulan2 Puase nih! Bukankah hari-hari kita menggunakannya bila berbual dengan atuk,nenek,ayah,ibu,adik,abang,kakak tapi sy rase bukan kpd daddy dan mummy. betul tak? Itu pun kalau sy tak salah.

Sy perasan kebelakangan ini penggunaan bahasa asing terutama sekali bahasa Inggeris sangat berleluasa dikalangan remaja. Btol x? sy pasti ada yg tersaing mengangguk dengan sy. Ini kenyataan bukan khayalan. Kte nk slhkan siapa? Ibu ayah? Cikgu? Pensyarah? Kerajaan? Diri sendiri? Sy rasa kita semua sudah cukup matang untuk menilai. betul tak? Siapa yang menuntut semua ini? Kita kah? Heeeheee. Pasti sudah ada dgn jwpnnya kan? Tp, segala apa yg dilakukan sy yakin, pasti ada sebbnya. Jgn mengeluh bila PPSMI dikuatkuasakan dan jgn terlalu gembira bila PPSMI dimangsuhkan.(maaf ejaan BM sy teruk.sbb tu selalu kne mrh dgn cg BM)

Saya mula tidak setuju pabila lagu satu Malaysia yg sy dengar dicOrong2 radiO menggabungkan Bahasa Inggeris di dlmnya. Bukankah negara kita cuma ada Bangsa Melayu, India, Cina, Orang Asli dan Baba Nyonya. (maaf kalau ada tidak tersenarai). Mungkin tindakan yang dilakukan untuk memberikan kefahaman kepada semua rakyat Malaysia. Tetapi sampai bila kita tak nak Bahasa Melayu itu sendiri yang dimartbatkan. Bukan Bahasa Inggeris yang diagungkan. (maaf kpd cg Muet dan BI). Siapa boleh angkat tangan dengan bangga rakan berlainan bangsa mereka mampu bertutur dalam BM dengan lancar. saya da! Tetapi berapa peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia? Lihat shj sekeliling kita. Pasti kamu tahu apa yang cuba saya sampaikan, bukan?

Mari kita selongkar pada sudut yang lain. Apa yang kita pakai? apa yang kita makan? Apa yang kita bawa? Berjenama Malaysia-kah? Pasti ada yg tersenyumkan sekarang. Atau sedang membelek seluruh tubuh mereka. Oppppsss.. hati2 ada Org memerhati kamu. Sy yakin dan pasti kebanyakkan daripada kamu yang mengimpikan beg tangan berjenama Gucci, Kasut berjenama Vicci, TV berjenama LG dan kereta berjenama Ferrari. Nampak. Masih ada yang mengangguk. sy juga sdg melakukannya. Siapa yang agaknya sedang terfikir2 untuk membeli jenama tempatan? Amat kurang. Kita nak salahkan siapa? Mari kita sama2 bayangkan kalau2 kita boikot jenama asing. Pasti JUSCO kosong , TescO lengang, gamaknya hari rya ini. Cuba kita senaraikan jenama Malaysia. Proton. Produa. Lain? Daripada pandang lain. Siapa yang tidak teringin mahu memanjakan diri di New York Skin Care dan mempunyai alat sOlek berjenama MAC, ataupun STAGE. Jenama siapa tu? Malaysia-kah? Nampak, semua menggeleng. tapi kenapa sy mula mengangguk. kerana saya sudah pasti dgn jawapan sy. sebb itu juga yang saya mahukan. Kenapa? kita sedia tahu . Apa pilihan kita untuk jenama sendiri kurang meluas. Betul tak?

Sy rasa cukup terlambat untuk sy ceritakan atau bincangkan mengenai hal ini kpd semua kerana kemerdekaan sdh berakhir. Tapi hari Malaysia, belum. Kita pasti sudah faham mengenaii Hari Malaysia bukan? penceraian wilayah antara gunting dalam lipatan. dan pencatuman wilayah dengan satu perpaduan. Amat beza jurang maknanya.

Sy cuba menulis entry ini bukan untuk memperli orang yang terasa diperli. Sy juga bkn menulis entry ini untuk merasa diri saya warganegara yang terbaik untuk negara. dan tiada niat juga untuk menyalahkan sesiapa yang berasa bersalah.Disamping itu, sy tak ckp pun yg kita sedang dijajah bg siapa yg rase diri mereka gelabah. Kerana sy juga melakukan semua ini. Sy tidak tipu! Sy juga rasa diperli. kerana sy masih ingin menganggungkan yang disana bukan disini secara keseluruhannya. Tapi, sy akan cuba untuk merubahnya secara sedikit demi sedikit. Insyaallah. Sebab SAYANG DAN KAMU SEMUA SAYANG MALAYSIA.

Peringatan : Kalau sy slh sila betulkan, melalui komen kalian. Sebab kita sama2 perlu dibetulkan.

No comments: