Wednesday, October 19, 2011

Jangan Cakap, Kalau Kau Belum Benar-Benar Tahu

Current activity : Menghirup Maggie Cup bagi menu breakfast hari ini.

Bingit. Aku memang lama dah bingit dengan situasi dan keadaan yang aku pijak sekarang. Pedih dan sakit hati aku, aku pendam dan aku sorok dalam - dalam bagi tiada siapa - siapa nampak. Sebab aku masih ada akal fikiran untuk tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Mungkin dengan kata - kata ini aku masih lagi nampak jahat atau teruk. Itu mungkin tanggapan aku. Yap!

Kengantukan aku yang aku tak mampu sorok mungkin itu silap terbesar aku. Aku mahu tanya, manusia mana yang tidak mengantuk apabila mereka terpaksa berkerja 7hari seminggu tanpa henti dengan jadual tidur yang tidak menentu?

Mari aku tunjuk pada kalian lebih detail bagi kamu orang nampak aktiviti harian aku dalam masa seminggu.

Dalam seminggu 5 hari full aku ada class. Kadang-kadang petang ada class, kadang-kadang tak ada. Tapi, aku masih ada kerja yang perlu di langsaikan sebelum tarikh assignment perlu di hantar. Tidur memang tak tentu. 2 atau 3 jam sahaja sehari. Aku pernah juga berkerja 24jam untuk menyiapkan assignment. Mungkin ini tak lagi buat kalian mengantuk, mungkin.

Baik, bagaimana pula dengan ini. Kebiasaan dan mungkin rutin aku, selepas Studio pada hari Jumaat yang tamat pada pukul 5.30 petang aku akan terus mengambil teksi dari UTM ke Taman Sri Puteri yang menelan belanja RM8.00. Di Taman Sri Puteri aku perlu menunggu bas yang paling minoriti di sana untuk ke Larkin. Ini menelan belanja RM2.70 dan aku perlu menunggu lama. Bila tiba di Larkin aku perlu mengambil bas ke Kota Tinggi, untung aku dapat bas straight ke Kota Tinggi. Kalau tidak terpaksalah aku ambil bas Bandaraya yang aku rasa perjalanannya macam dari Kota Tinggi ke Muar. Fuh! Untung lagi kalau dapat duduk. Kalau tidak? Ini kosnya dalam RM4.50 hingga RM 5.90. Sampai di Kota Tinggi aku perlu mengambil cab lagi sekali untuk ke restaurant, erm belanjanya tak mahal dalam RM10 jer.


Bila sampai kedai aku perlu membuat rutin biasa aku di kedai. Jadi helper pada tukang masak atau pun waiter paling teruk pun aku jadi tukang buat air. Walaupun tak sempat duduk, aku tak sampai hati tegok orang buat kerja dan aku tidur atau pun duduk goyang kaki. Balik dalam pukul 2.30-3.00pagi. Biasalah tu kan. Pagi esoknya aku terus gerak balik ke UTM untuk mengambil barang-barang assignment aku yang aku sengaja tinggalkan. Sebab berat. Nak naik bas bawa beg tu memang tak larat la. Cepat-cepat balik ke Kota Tinggi dan terus belanja untuk barang-barang kedai. Terus kerja macam biasa dan balik pagi lagi. Bila hari Ahad lagi kena bangun pagi kemas-kemas apa yang perlu. Tolong mak pergi belanja dari pagi terus pergi kedai dan balik dalam pukul 2.00 pagi sebab aku ada class pagi Isnin. Pukul 2.00pagi tu la baru aku buat assignment Studio aku yang nak kena hantar hari Isnin pagi tu. Aku cuma sempat curi-curi tidur dalam kereta pagi tu jer. Straight pergi class.

Kalau korang jadi aku, korang mengantuk?? Kalau korang jadi aku korang penat??

Amaran keras :
DONT TITLE ME AS 'RATU TIDUR UHAS(DINAMIKA MALAYSIA) CLASS' KALAU KAU TAK MAMPU BUAT MACAM AKU.




Nota ibu jari kaki : Aku tak pernah abaikan assignment individu atau group. Cuba korang fikir, pernah tak aku tinggalkan kerja aku tanpa buat apa-apa? Sorry, but I have to said it. I really need a money. Cos my PTPTN got a problem. Its not easy to have a many from my parents without doing nothing. Korang tak rasa ke, yang korang nih di kalangan orang yang beruntung? Syukurlah.

5 comments:

FarahNadiah Jasma said...

syukur, hidup semakin mncabar
rasai sgala pengalaman dgn
penuh kecekalan :)

miss u dear <3

Miss FarraAqua said...

Thankz dear...
i miss u, much!

Nurainaa Abdul Aziz said...

alhamdulilah,,Allah beri kita semua cabaran ini sebab Dia thi cik farra mampu..tke care dEar.. <3

Nesha Zin said...

my left wing,, i know u're strong..but take care of ur health..sayang selalu...

S.H. said...

saba k.. we know u can do it..=)