Wednesday, September 7, 2011

I'm Not Really Homesick

Current activity : Check my PTPTN status.

Hari ini genap 4 hari aku di sini. Macam-macam perkara baru aku dapat. Kawan baru. Suasana baru. Bilik baru.

Aku selalu tak yakin yang aku mampu berada di sini. Tempat yang memang aku benar-benar mahu berada selama ini. Syukur.

Jadi, aku mesti lakukan sebaik mungkin. Sungguh-sungguh sepenuh hati. Kata orang bila masuk Uni dah boleh main-main. Tapi aku tengok abang dan akak senior tak ada pun yang main-main.

Hidup semakin mencabar. Ujian makin getir. Aku semakin kuat walaupun sedikit letih. Aku kerap pujuk hati. "Kau pernah lagi penat daripada ini Farhana. Kau pernah rasa susah lebih berganda daripada ini. Jadi kuatlah." Entah sampai bila kata-kata ini mampu bangunkan aku lagi.

Hati masih ingat rumah. Ingat Anjung Kota. Ingat saat-saat mudah aku sebelum ini.

Tak, aku memang tak sedih. Walau aku masih belum mampu mencari bahu kiri untuk bersandar dan menumpang kepala di sini. Tapi aku ada aku yang mampu bangunkan aku.

Ahhhh... Ini masa untuk teruskan perjuangan setelah 9 bulan direhatkan. Enjin otak perlu di panaskan.



Nota ibu jari kaki : Buat masa nih sudah lenyap takungan air di mata bila teringat rumah dan Anjung Kota.

No comments: