Saturday, March 5, 2011

Gagah Setia

Current activity : Memancing tanpa pancing.

Baju hijau gelap yang tergantung di grill tingkap dan boot hitam kilat di lantai aku renung sambil menggosok - gosok mata. Rambut yang menggerbang aku ikat kemas. Teringat malam tadi bertungkus lumus aku menggosok baju jangan sampai ada sedikit kedut pun dan pastikan semua bucu baju di gosok "tajam". Boot bersaiz 5 juga telah aku kiwi sungguh-sungguh sampai boleh nampak wajah sendiri di situ.

Jam tangan di sisi aku capai. Alamak! 5.30pagi! Aku bingkas bangun untuk membersihkan diri dengan Dove, Darlie, Herbal Essences, dan Rihanaz. Aku keluar dari bilik kecil serba merah jambu itu dengan penuh rasa kesegaran.


Baju di grill tingkap tadi sudah aku sarung ke badan. Muka tak perlu bedak yang tebal. Tak perlu langsung lagi bagus. Tudung hitam aku sarung ke kepala. Masukkan ke dalam baju kemas - kemas. Kaki seluar aku pasangkan getah tempe sebelum boot di pakai. Lipat cantik - cantik.


Sebelum terlupa. Aku masukkan beret dan tali pinggan hijau ke dalam beg sandang. Air botol yang tersedia atas meja makan dapur pun aku masukkan ke dalam beg. Complete.


Aku keluar rumah dengan hati yang berdebar-debar. Apa bakal jadi 2 minggu akan datang? Hidup atau mati. Rindu mak yang pasti.


Tanggungjawab besar. Pandu arah aliran aku sekarang. Perlu aku pegang kuat-kuat. Tanam azam dalam - dalam. Cari energy setinggi gunung. Ada rezeki hujung program. Dapat merasa memegang trofi ada lambang tentera darat.


"Oiii, berangan jer ko! Aku panggil ko pada tadi tak dengar, ye!". Terdengar nyaring suara mak. Tapi, mata aku masih memandang tepat ke skrin tipis depan aku. Memaparkan kemeriahan Hari Terbuka Tentera Darat Malaysia. Teringat pulak pada kenangan 4 tahun lalu. Terasa gagah dan kacak.


Bangga pernah menjadi sebahagian daripada mereka dulu. Menjadi sebuah pengalaman manis yang perlu di kongsi untuk anak-anak dan cucu-cucu nanti. Masih terbau, rumput-rumput basah di pagi hari pada waktu itu. Nih start la macam-macam drama yang aku ingat balik. Itu nanti!



GEMPUR WIRA SAHABAT PKBM!


Nota ibu jari kaki : Macam hilang sesuatu.

5 comments:

Farah Nadiah said...

wah3..rindu ke~

aisYahzaCk said...

hehe..ilek la..ko nak teruskan semangat ko..time masuk U nanti ko join palapes..time ko dah masuk nanti jangan nak nenangis keluar plak..=P..best..im joining it rite now..3 years..got elaun..althoe kena hell sokmo..standard la..kata nak jadi askar..hehe..

Miss FarraAqua said...

mmg sgt rindu...
mmg de perancangan nk ambek palapes.
tp, kne nyorok2 dari mak..
mak suruh blajar makyong.
hahahaaaa

faqilaz said...

amboii . ni yang nak balik zaman sekolah balik ni ;(

aisYahzaCk said...

hehe..palapes teruk sket la dear..nak jadi pegawai kan..fully komitmen..kalau kem tahunan tu mmg ko x tdo la selama 3 minggu tu..kena kuat mental then fizikal akan menyusul..semua pasal mental je..cemana ko nak sorok beb dr mak ko..nanti muka ko berbelang berkawad dr kol 11 pagi sampai 3 petang..then cuti ko akan berkurangan,time nak tauliah nanti series muka ko terbakar habis nanti..nak amek sijil dr agung la katakan..must be perfect..hehe..jom2 join palapes..ade jugak kawan lama aku join mende ni..best2..n ko kena sedia la..cabaran bermula bila ko berkongsi berus gigi sesama skuad lelaki dan perempuan..hee..aku dah kongsi bersama 71 orang..=)