Wednesday, January 19, 2011

Nanti-nantikan

Current activity : 'Stalker' laman sosial dan blog gadis-gadis comel.

Aku sepatutnya memegang pen dan mengeluarkan semua yang ada dalam kepala hotak nih. Zahirkan semula segala kenangan 8 tahun dulu satu persatu dengan terperinci secara penuh hati-hati. Takut-takut ada yang tertinggal. Lagi-lagi part moment yang perlu di tulis dengan sungguh-sungguh. Sepenuh hati.

Sebelum tulis, aku sendiri dah tergelak sorang-sorang teringat moment-moment indah waktu itu. Sungguh kebudak-budakkan. Childish. Tapi, memang patut pun. Umur baru 11-12 tahun memang patut kot berkelakuan macam tu. Konon-konon dah besar. Besar macam gadis dewasa. Cerita, semua pasal dunia. Dunia kami. Lelaki. Itu mungkin juga topik utama kami dulu. Gelak tawa. Bukan. Lebih tepat hilai tawa. Gaya macam manusia yang langsung tidak mempunyai masalah hati. Senang.

Ingat masa ini kembali. Rasa muda. Muda sangat. Rasa macam hidup ini mahu dihidupkan semula. Hidupkan semula masa-masa manis. Senyum. Indahnya ketika itu jika mampu diulang semula. Diulang-ulang sampai aku bosan.

Senyuman ini akan terus kekal terukir di bibir. Merah. Makin leber. Melebar. Jika kita sama-sama mengekalkan. Mungkin kita boleh merayakan masa indah ini dengan lebih semangat tanpa sebarang celaka.

Simpan dalam peti besi. Sorok jauh-jauh. Dalam otak. Dalam hati.





Nota ibu jari kaki: Tengah fikir-fikir apa yang sepatutnya aku masukkan di dalam montage aku nanti. Mungkin malas. Mungkin rajin. Ikut hati, Ikut nafsu.

5 comments:

Nesha Zin said...

kite tak de pun....nak jugak
majuk
1
2
3
4
start......

Miss FarraAqua said...

kih3!
alorh~
jgn la majuk.
nnt mst de awk.

biela_farel07 =) said...

hahaha stalker ya

Miss FarraAqua said...

harus la~~
awk pun slh sorang la yang da kne stalker dgn kte.
kih3!

Miss FarraAqua said...
This comment has been removed by the author.